GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”
Mahu Bolos Ke Final
Menurut Fairuz, dia yakin dan mahu memberikan persembahan terbaik sekali gus meletakkan sasaran untuk bolos ke pusingan akhir.
“Saya sasar untuk sampai ke final, saya tak pernah dapat peluang menyanyi di pentas besar. Dah 24 tahun, ini adalah peluang terbesar saya pernah dapat.
“Saya tak boleh jangkakan lebih-lebih, saya tak tahu kemampuan diri saya di pentas GV nanti. Saya cabar diri sampai ke final.
“Sampai sekarang saya masih tak percaya saya masuk GV tetapi saya yakin dan cuba yang terbaik,” ujarnya kepada Gempak.
Elak Minuman Berais
Dalam pada itu, Fairuz turut memaklumkan dia sudah mula tidak mengambil minuman berais dan mendapatkan tidur yang cukup demi menjaga kualiti vokal.
“Saya dah mula tidak minum ais langsung dan tidur awal. Suara saya sebenarnya alah pada ais.
“Saya persiapkan diri, saya perlu buat betul-betul supaya tidak kecewa dan sedih. Saya takut sebenarnya sebab netizen kita pun kreatif sekarang.
“Tolong jangan kejam sangat. Kita dah lama tak menyanyi, bagi lah peluang,” kongsinya.
Cuti Tanpa Gaji
Fairuz yang berkhidmat di sektor kerajaan di sebuah kementerian itu turut memaklumkan dia mengambil cuti tanpa gaji bagi memberi tumpuan kepada perjalanannya di GV11.
“Inilah umur yang paling sesuai, kalau dan berumur nanti takut tak larat pula.
“Dan komitmen kerjaya saya juga berada dalam tempoh bertenang sekarang.
“Jadi sekarang saya ambil cuti tanpa gaji,” kongsinya lagi.
Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima.