Gegar Vaganza 11

GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”

gempak
Asyraf Roslan
07/11/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”
Penyanyi, Arrora Salwa mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama dia dipelawa untuk menyertai program realiti, Gegar Vaganza.
Menurut pelantun lagu Ahmad ini, dia sudah pernah ditawarkan oleh pihak produksi pada tahun 2022 namun terpaksa menolaknya secara baik atas faktor sedang menjalani latihan di sebuah akademi penerbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Kembalikan Format Asal, Produksi Dengar Rayuan Peminat - “Mereka Mahu Lihat Penyanyi Lama, One Hit Wonder Beraksi"

“Sebenarnya saya dapat tawaran GV ni masa tahun 2022.
“Tapi waktu itu saya dalam training akademi penerbangan, jadi saya berbelah bahagi, nak berhenti training atau pergi GV.
“Saya sampai buat solat istikharah namun begitu jawapan yang saya dapat adalah untuk meneruskan training saya dahulu.
“Saya teruskan dan saya cakap dekat pihak produksi mungkin bukan rezeki saya untuk sertainya pada tahun itu tapi kalau rezeki itu berpihak kepada saya dan dipanggil lagi akan datang insyaAllah saya akan terima,” ujarnya.
Namun pemilik nama Salwa Md. Razak, tidak menyangka tahun ini dia akan diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama berentap merebut gelaran juara Gegar Vaganza yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
Maka Aurorra tidak teragak-agak untuk mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan bagi menyertai GV.
“Nak dijadikan cerita betul dia panggil tahun ini, saya pula dah bekerja dengan syarikat penerbangan jadi inilah peluang untuk saya. Maka saya ambil cuti panjang selama empat bulan.
““Kita kena bagi tahu secara telus, bila kita ada dokumen lengkap mereka boleh benarkan saya untuk ambil cuti itu,”tambahnya.
Pada masa sama, Aurorra juga menyatakan mengapa dia mahu beraksi ke pentas GV adalah kerana ini merupakan tiket baginya membuat kemunculan kembali di dunia seni.
“Saya rindu dengan semua orang, saya dah tak muncul, tak keluar, tak membuat persembahan di pentas.
“GV ini adalah satu pentas yang sangat besar dan semua orang nak, jadi bila saya dapat peluang ini kenapa tidak saya untuk buat comeback untuk saya tunjukkan apa yang saya boleh lakukan.
“Kalau macam dulu saya tak tahu yang saya kena belajar vokal. Sekarang ini alhamdulillah saya dapat seorang cikgu yang sangat bertanggungjawab dan berdisplin.
“Saya belajar dengan Idayu sejak bulan 10 hari tu, untuk persedian awal. Kalau dulu saya mungkin kosong tapi kali ini adalah sedikit ilmu,” ujarnya.
Arrora Salwa bakal berentap bersama 13 peserta lain antaranya Ning Baizura, Faizul Selamat, Yazid Lovehunters, Liza Azizi, dan Nai Dinamik bagi merebut gelaran juara.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse. GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024