Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 2021

GV8: Fazley Sengaja Jemput Norlia Ghani Sebagai Gimik, Mahu Angkat Isu Lelaki Muda Bercinta Dengan Wanita Berusia

Amri Hassan 08/12/2021 | 07:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob mengakui telah menjemput pelakon veteran Norlia Ghani sebagai salah satu gimik pada persembahannya minggu lalu.
Melantunkan lagu Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan Shahman), Fazley menyifatkan kemunculan Norlia itu bersesuaian dengan isu yang cuba diangkatnya iaitu percintaan antara wanita berusia dan lelaki muda.
"Memang saya nak bawa mama (Norlia Ghani) dalam persembahan kali ini, walaupun isunya sensitif tapi saya kena nyatakan di mana kita selalu melihat ramai 'datuk-datuk' bercinta dengan perempuan muda, tapi tak pernah ketengahkan percintaan lelaki muda dan perempuan tua.
"Jadi, saya cuba mengadaptasikan realiti itu pada penonton bahawa percintaan itu sebenarnya tidak mengira usia. Walaupun wanita itu lebih berusia daripada lelaki, cinta tetap cinta!
"Pada saya itu realiti yang harus diterima bukan untuk perli tapi menjentik pemikiran orang ramai bahawa semua orang layak bercinta, tak mengira usia! Yang penting ikhlas," katanya kepada Gempak.
Tegas Fazley lagi, menerusi persembahan itu dia mahu orang ramai tidak memandang serong kepada percintaan antara lelaki muda dan wanita berusia.
"Kita tak boleh pandang remeh orang yang bercinta dengan wanita tua, beberapa tahun ini saya perhatikan ramai lelaki bercinta dengan perempuan lebih berusia di Malaysia atau di luar negara.
"Tak salah bercinta walau berbeza usia. Apa yang saya cuba sampaikan jangan kita pandang serong pada lelaki yang bercinta dengan wanita tua," katanya.
Pada akhir persembahan itu, Fazley melontarkan dialog berbunyi "Baby will you marry me?" sambil menghulurkan sebentuk cincin dan disambut oleh Norlia "Of course I do".
Persembahan Fazley menerusi lagu terbabit bagaimanapun mendapat markah sebanyak 58% meletakkannya berada di kedudukan dua terbawah sebelum Nico G.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
#pelakon #Penyanyi #Viral #Konsert #Cinta #Lagu #Datuk Fazley Yaakob #Cef #Norlia Ghani #Wanita Tua #GV8 #Gegar Vaganza 8 #Iwan #Yang Sedang Sedang Saja
;