Gegar Vaganza 7
“Takut Malam Nanti Kak Ani Yang Wrapped!” - Noraniza Idris Gementar Nak Menyanyi Rap
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Noraniza Idris akui gementar untuk menyampaikan lagu Anak Kampung nyanyian asal Jimmy Palikat di pentas suku akhir malam ini.
Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya menyatakan lagu itu juga merupakan antara cabaran terbesar kerana mempunyai bahagian rap.
“Lagu #AnakKampung untuk minggu suku akhir #GV7 malam nanti memang satu lagi cabaran besar sebab lagu ni ada bahagian rap.
“Kak Ani takut malam nanti bukan rap tapi Kak Ani yang wrapped! Korang doakan Kak Ani boleh bawa dengan baik okay,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan semangat dan mendoakan Kak Ani berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.