Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza: “Sebab Itu Saya Sentiasa Ceria” - Azharina Positif, Enggan Biar Penyakit Kronik Ganggu Persembahan
Penyanyi, Azharina Azhar enggan membiarkan masalah penyakit kronik yang dihidapi menganggu persembahannya di pentas All Stars Gegar Vaganza.
Menurut Azharina, dia kini dalam proses untuk merawat penyakitnya selain sentiasa aktif untuk mengembalikan staminanya.
“Saya baru dapat tahu tentang penyakit ini tahun lepas dan boleh dikategorikan sebagai berbahaya. Agak mengganggu dari segi stamina.
“Saya akan jadi cepat penat, ada hari yang rasa macam nak baring sahaja jadi harus paksa diri untuk bangun, makan dan sebagainya.
“Sebab itu saya belajar muay thai dan boxing untuk membina kembali stamina. Bila ada masalah kesihatan, vokal juga harus saya perbaiki juga.
“Buat masa ini, saya hanya bergantung dengan ubat-ubatan, selain mengawal pemakanan seperti disarankan doktor,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Bagaimanpun, Azharina enggan mendedahkan penyakitnya dan hanya akan berbuat demikian sekiranya sudah bersedia.
“Saya hanya akan dedahkan penyakit ini jika sudah bersedia. Saya faham, tetapi maaf, ada benda boleh kongsi, ada juga perkara yang harus saya simpan.
“Saya minta semua doakan saya sihat, kuat. Dalam hidup ini kita kena selalu ada doa. Apapun doa keluarga, peminat dan kawan juga itu satu rahmat serta berkat buat saya,” ujarnya.
Enggan membiarkan dirinya bersedih, Azharina berkata dia harus kekal positif dan sentiasa ceria untuk tidak terlalu memikirkan tentang penyakitnya.
“Kita harus positif dalam hidup, kena terus ke depan, kena gembira, ceria dalam kehidupan. Sebab itu saya sentiasa ceria, orang yang kenal saya memang tahu saya ini sangat ceria orangnya.
“Saya akan sehabis daya cuba untuk berfikir positif, saya juga sentiasa mempertahankan apa yang ada dalam kehidupan saya, kita kena tunjukkan yang terbaik,” ujarnya.
BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Tak Boleh Tipu, Ada Rasa Bersalah…” - Azharina Hiba, Menangis Bukan Sebab Sentap Dengan Juri
PILIHAN PEMBACA: Nyanyi Lagu Ya Maulai, Azharina Mohon Jangan Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
#Azharina Azhar
#Sakit
#Gegar Vaganza
#Azharina
#Penyakit Kronik
#GV10
#All Stars Gegar Vaganza
#ASGV