Gegar Vaganza All Star

Sophia Albarakbah Muncul Di Konsert GV10, Aliff Aziz; "It's An Open Stage, So..."

Amri Hassan
09/10/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Sophia Albarakbah Muncul Di Konsert GV10, Aliff Aziz; "It's An Open Stage, So..."
Kehadiran pelakon sensasi Sophia Albarakbah di konsert ketiga All Stars Gegar Vaganza pada Ahad tidak mengganggu fokus Aliff Aziz.
Jelas Aliff, dia perlu melunaskan tanggungjawabnya untuk menyanyikan lagu tugasan (Kasih, Hetty Koes Endang) dan menyifatkan kehadiran pelakon wanita itu secara terbuka sebagai sokongan kepada industri hiburan.
"Dia datang bersama Aisha Retno kalau tak silap saya, jadi saya fikir ia satu persembahan terbuka yang mana sesiapa saja dapat datang. Takkan kita nak kata tak boleh datang.
"Mungkin dia datang untuk menyaksikan konsert, jadi tidak sesuai untuk saya mengulas mengenainya. Sebab ia akan membuatkan orang berspekulasi.
"Saya berada di atas pentas untuk menunaikan tanggungjawab saya menyanyikan lagu tugasan sebaik mungkin. Selebihnya bukan skop saya untuk bercakap. Saya tiada apa-apa komen," ujarnya kepada Gempak.
Tambah Aliff, tidak relevan untuknya mengulas tentang kehadiran sesetengah individu ke acara tertentu dan sebagai bintang yang bertanding, dia perlu fokus.
"Untuk saya tiba-tiba tak nak menyanyi hanya kerana hal (kehadiran Sophia) rasanya tidak masuk akal.
"Berbalik pada tugasan sebagai seorang peserta adalah untuk menyanyikan, selebihnya tentang siapa yang datang, siapa bawa siapa datang, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada perkara yang sepatutnya peserta fikirkan.
"Saya hanya perlu fokus, terutama untuk menyanyikan lagu Hetty, jadi itulah tugas saya. Kalau saya fikirkan tentang perkara lain, itu akan mengganggu konsentrasi persembahan saya," tambahnya.
Sementara itu, mengulas mengenai persembahannya, Aliff lega apabila kembali berada di kedudukan selesa minggu ini.
"Sebenarnya agak tertekan untuk saya berada di kedudukan ini kerana ada perkara yang ingin saya buktikan kepada semua.
"Minggu kedua menyaksikan dua rakan terkeluar dan ia memberi satu impak besar kepada saya. Ia bagaikan satu mesej yang cukup jelas untuk lakukan lebih baik," tambahnya.
Tugasan minggu keempat bakal menyaksikan Aliff berduet bersama adik perempuannya, Aisyah Aziz menyanyikan lagu If I Ain't Got You.
BACA: GV10: Ayai Illusi Terselamat, Tiada Penyingkiran Konsert Ketiga! Tok Ram Warning Nyanyi Elok-Elok Next Week
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Foto kredit: Ameer Mohd
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar