Hiburan

Jamal Abdillah Sambut Anak Ketujuh

Gempak
07/01/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Jamal Abdillah Sambut Anak Ketujuh
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 66, selamat menimang cahaya mata ketujuh, pada jam 9.38 pagi, Selasa.
Berita gembira kelahiran bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) itu dikongsi Jamal melalui aplikasi WhatsApp.

"Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Jamal dilapor mahu memberi nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
Jamal dan Zai Izzati yang dinikahi pada 1 April 2017, dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.

BERITA TRENDING: Sherie Merlis Tak Selesa Dikaitkan Bercinta Dengan Hasnul Rahmat - "Saya Rasa Tak Adil, Lebih Baik..."

BERITA TRENDING: alan Bertukar Jadi ‘Laut’, Mekah Dilanda Banjir

BERITA TRENDING: Cincin Tunang Berkilau Di Jari Manis, Zendaya Kini Tunangan Tom Holland!

BERITA TRENDING: Fokus Pada Kehidupan Baharu, Idzham Ismail Enggan Ambil Tahu Hal Bekas Isteri - “Saya Benar-Benar Tidak Berminat”

Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Sumber: Berita Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024