Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

Gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar  Buaya
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lelaki berusia 35 tahun itu tidak ditemui manakala anak saudaranya yang berusia 17 tahun sempat menyelamatkan diri.

BERITA BERKAITAN :Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

​BERITA BERKAITAN : Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

​BERITA BERKAITAN : Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

​BERITA BERKAITAN : Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, lapan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.07 petang.

"Menurut laporan terdapat seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi di sungai bersama anak saudaranya.

"Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bersama bot aluminium bomba dan sebuah lagi bot penduduk kampung untuk menyusuri sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa mengenai operasi SAR tersebut.
SUMBER:Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar