Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

“Anak Dah Famous Tapi Perangai Macam...” - Wanita Dedah Jadi Mangsa Scammer Ibu Han So Hee

Mya Amri 22/07/2020 | 11:02 MYT
Seorang individu mendakwa telah ditipu oleh pelakon drama popular The World Of The Married, Han So Hee dalam urusan melibatkan kewangan.
Pendedahan itu dilakukan menerusi posting di laman web terkenal Korea, Nate Pann baru-baru ini.
Menurutnya ibu So Hee merupakan seorang penipu yang menggunakan nama anaknya untuk memperdayakan orang ramai.
“Saya menulis pendedahan ini kerana saya merasakan orang ramai patut tahu bahawa ibu Han So Hee merupakan seorang penipu” katanya.
Dia juga menjelaskan telah mengambil bahagian dalam kumpulan simpanan koperasi yang diketuai oleh ibu So Hee.
Anggota kumpulan simpanan koperasi membayar ansuran bulanan kepada dana pusat dan setiap ahli sepatutnya menerima jumlah yang besar secara bergilir.
Bagaimanapun dia mendakwa ibu So Hee tiba-tiba mendiamkan diri apabila tiba gilirannya untuk menerima dana berkenaan.
“Pada September 2016, dia menghilangkan diri dan apabila saya mengugut untuk membuat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang, barulah dia menghubungi saya.
“Dia mengatakan tidak mempunyai wang berkenaan untuk diberikan kepada saya kerana telah menghabiskan kesemuanya.
“Dia berjanji untuk membayar semula secara bulanan namun dia telah menukar nombor telefon dan menghilangkan diri sekali lagi.
“Sebelum ini dia juga mengangguhkan bayaran dan memberikan alasan dia akan memberikan bayaran penuh selepas anak perempuannya menjadi terkenal dan banyak duit.
“Saya sampai melawat ke agensi anaknya di Seoul. Sebenarnya saya ingin menggunakan wang itu untuk mengejar cita-cita saya.
“Disebabkan perkara itu hidup saya hancur... Saya tidak mahukan duit itu, sekarang saya berharap ibu So Hee dihukum atas perkara yang dilakukannya.
“Setiap kali saya melihat So Hee di kaca televisyen saya jadi marah! Saya sampai terfikir adakag dia berjaya kerana menggunakan wang saya.
“Rasa seperti... Saya yang masih kesusahan di sini tetapi dia pula boleh muncuk di kaca televisyen walaupun ibunya seorang penipu,”
Tambahnya lagi, walaupun sudah empat tahun namun ibu pelakon itu tetap tidak menunaikan janjinya.
“Saya memberikan pilihan untuk dia membayar secara bulanan. Namun selepas empat tahun dia membawa wang secara sekali sekala.
“Selepas drama anaknya menjadu popular, saya cuba menghubunginya namun sekali lagi dia menukar nombor telefon.
“Apabila saya berjaya menemuinya dia memberikan alasan bahawa dia tidak lagi menghubungi anaknya,” jelasnya.
Netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati selain melabelkan ibu So Hee sebagai wanita yang tidak tahu malu menggunakan populariti anak untuk mengaut keuntungan.
Terdahulu, Ham So Hee sebelum ini memberitahu dia dibesarkan oleh nenek kerana kedua ibu bapanya bercerai ketika usianya masih muda.
Jangan lupa saksikan The World Of The Married bermula malam ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Koreaboo
#Artis Korea #Han So Hee #TWOTM
;