Artis Korea
“Apa Dah Jadi Kenapa Bengkak?” - Penampilan Baharu Park Bom 2NE1 Kejutkan Netizen, Macam Tak Percaya
Penampilan terbaharu penyanyi dan bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, Park Bom menjadi bualan hangat netizen.
Bom yang hadir ke acara karpet merah di The 56th Grand Bell Award yang berlangsung baru-baru ini ternyata merisaukan netizen
Wajah Bom yang kelihatan sedikit berlainan dan badannya yang sedikit berisi itu ternyata mengundang pelbagai reaksi.
Malah foto-foto Bom sewaktu berada di karpet merah yang dibidik oleh portal eksklusif Dispatch itu juga menjadi tular di media sosial.
Menerusi komen-komen di media sosial, rata-ratanya menyatakan rasa tidak percaya melihat perubahan drastik yang berlaku pada Bom.
Malah ada juga komen-komen negatif yang mendakwa Bom telah menjalani pembedahan plastik sehingga menyebabkan wajahnya mengalami bengkak.
Terdahulu, ini merupakan penampilan pertama Bom di acara seperti ini selepas Korea sebelum ini turut menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU