Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

Mya Amri
06/01/2023
15:01 MYT
Sponsor Banner
Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!
Drama Korea yang semakin popular berjudul The Glory lakonan Song Hye Kyo rupanya memiliki ceritanya yang tersendiri.
Ini kerana salah satu babak iaitu Moon Dong Eun semasa muda dibuli oleh rakan sekolah sebenarnya adalah berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku.
Adegan itu merupakan babak pergaduhan di mana Moon Dong Eun telah diserang oleh lima pembuli di sewaktu di sekolah menengah.
Semasa adegan itu, kumpulan pembuli ini dilihat membakar lengan Moon Dong Eun dengan menggunakan seterika rambut.
Sebaik sahaja babak itu disiarkan, ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penonton dan juga komuniti atas talian.
Rata-ratanya menyatakan rasa kagum dan memuji keberkesanan lakonan kesemua pelakon yang terlibat kerana berjaya menghidupkan aksi berkenaan sehingga nampak begitu kejam.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah babak buli itu adalah berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku pada tahun 2006.

INI PERISTIWA SEBENAR YANG BERLAKU

Insiden itu berlaku kepada seorang pelajar perempuan bersekolah di sekolah menengah perempuan di Cheongju sering diserang oleh rakan sekolah yang diketuai oleh ‘K’.
Pada suatu hari ‘K’ telah bertindah melampaui batas dengan membakar lengan pelajar itu dengan seterika rambut, mencakar dadanya dengan sepit rambut dan mencuri wangnya kerana datang lambat apabila dipanggil.
Bagaimanapun disebabkan perbuatan jahat ‘K’ itu; pihak Daerah Cheongju telah mengeluarkan waran tangkap terhadap penjenayah itu.
(Sumber: Allkpop)
Antara komen penonton:
“Jika adegan itu benar-benar berlaku dalam kehidupan sebenar, itu memang mengerikan.
“Lebih menakutkan dan saya juga sangat terkejut kerana adegan buli itu berdasarkan peristiwa sebenar,”
“Kenapa ada orang sanggup melakukan kekejaman seperti ini,”
Terdahulu, The Glory merupakan drama pertama penulis Kim Eun Wook bersama Song Hye Kyo selepas tempoh enam tahun sejak Descendants of the Sun pada 2016.
Dalam drama tersebut, Song Hye Kyo memainkan watak sebagai mangsa buli yang mempunyai impian untuk menjadi seorang arkitek tetapi dibuli di sekolah kerana miskin.
Untuk membalas dendam terhadap pembulinya, dia telah memutuskan untuk menjadi seorang guru di sekolah.
Saksikan The Glory secara eksklusif di Netflix
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar