Artis Korea

Bekas Anggota Kumpulan EXO, Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

Mya Amri
26/11/2022
05:34 MYT
Sponsor Banner
Bekas Anggota Kumpulan EXO, Kris Wu Dipenjara 13 Tahun
Penyanyi yang juga merupakakan bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, Kris Wu dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan merogol.
Hukuman tersebut diputuskan oleh Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang Beijing terhadap bintang pop Kanada kelahiran China itu.
Kris didapati bersalah atas dua kesalahan iaitu melakukan jenayah rogol dan mengumpulkan beberapa individu lain melakukan aktiviti seksual.
Untuk kesalahan jenayah rogol, Kris dihukum penjara selama 11 tahun enam bulan, manakala 22 bulan atas hukuman mengumpulkan orang untuk aktiviti seksual.
Terdahulu, Kris sebelum ini ditahan di Beijing pada 31 Julai tahun lalu selepas seorang pelajar China berusia 18 tahun mendakwa penyanyi itu mengajaknya bersama beberapa remaja lain di bawah umur untuk mengadakan hubungan seks.
Untuk info, Kris hanya sempat bersama EXO selama dua tahun sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2014 dan memilih untuk meneruskan karier solo dan menceburi dunia lakonan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar