Artis Korea
“Berat 4 Kg, Selamat Lahir Ke Dunia Sayang“- Han Areum Selamat Bersalin, Dedah Wajah Anak
Bekas anggota kumpulan K-Pop T-ARA, Han Areum selamat melahirkan anak sulungnya melalui proses pembedahan.
Berita gembira itu diumumkan Areum menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Areum dia terpaksa bersalin secara pembedahan kerana mengalami komplikasi.
“31 Mei 2020, anak lelaki kesayangan kami telah dilahirkan. Saya mula mengalami kontraksi pada 29 Mei hadir ke hospital.
“Oleh kerana mengalami komplikasi jadi kami mengambil keputusan untuk bersalin secara pembedahan.
“Saya tertanya-tanya adakah saya membuatkan bayi saya terpaksa melalui dugaan namun selepas itu saya mendapat tahu bahawa bayi kesayangan kami ini agak besar dan sihat dengan berat 4 Kg.
“Inilah permulaan keluarga saya secara bertiga, anak yang sangat berharga serta suami yang sangat saya cintai,” coretnya.
Terdahulu, Areum telah berkahwin dengan suaminya pada Oktober 2019.
Areum sebelum ini merupakan anggota T-ARA namun mengambil keputusan untuk berundur pada tahun 2013 kerana masalah kesihatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU