• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita, Prof Dr Muhaya Ada Sebab Terima Tawaran - “Skrip Tiada, Semuanya Spontan”
BERITA
Pesawat Air India Dalam Perjalanan Ke Birmingham Terhempas
HIBURAN
Netizen Terpegun Dengan Kecantikan Ibu Siti Saleha - “Lembutnya Suara Mak Dia, Cantik Pula Tu”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

Bintang Zombie Detective, Jung Chae Yul Ditemui Mati Di Rumah

Maliah Surip
11/04/2023
16:00 MYT
Sponsor Banner
Bintang Zombie Detective, Jung Chae Yul Ditemui Mati Di Rumah
Sebuah lagi khabar kematian datang dari industri seni hiburan Korea Selatan.
Media tempatan melaporkan aktres Jung Chae Yul ditemui mati di kediamannya pada 11 April 2023.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian bintang Zombie Detective tersebut kepada umum.
Chae Yul meninggal dunia pada usia yang masih muda iaitu 26 tahun.
Berita kematian Chae Yul bukan sahaja mengejutkan peminat tetapi kru produksi dan para bintang yang sedang terbabit sama dengan penggambaran karya berjudul Wedding Impossible.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Chae Yul didapati memadam kemas kini terbaharunya di Instagram yang dimuat naik pada 9 April lalu.
Menerusi foto tersebut, Chae Yul menulis kapsyen berbunyi senyum.
Sementara itu pihak agensi menerusi kenyataan rasmi menulis: “Majlis pengebumian akan dijalankan secara tertutup demi menghormati permintaan keluarga.
“Kami sangat bersedih di atas kematiannya kerana Chae Yul merupakan seorang anak seni yang dedikasi.”
Chae Yul merupakan seorang bekas model yang juga terkenal dengan lakonannya dalam I Have Not Done My Best Yet (2022) dan filem Deep pada 2018.
Related Topics
#Meninggal Dunia
#Artis Korea
#Jung Chae Yul
#Zombie Detective
Must-Watch Video