Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

BLACKPINK Dah Tak Terima Hadiah Peminat, Tapi Jangan Salah Faham Ini Sebabnya

Mya Amri 14/10/2021 | 03:50 MYT
Agensi pengurusan BLACKPINK, YG Entertainment mengumumkan kumpulan K-Pop popular itu tidak akan lagi menerima hadiah daripada peminat kecuali surat.
Berita itu dimaklumkan pihak pengurusan mereka menerusi kenyataan rasmi di laman web Weverse dan juga YG Entertainment semalam.
Keputusan itu dibuat kerana mereka telah menerima begitu banyak ucapan tahniah sehingga melebihi had ketika sambutan ulang tahun kelima BLACKPINK.
“Tahun ini anggota BLACKPINK menyambut ulang tahun kelima debut mereka, kerana kami telah mendapat begitu banyak ucapan tahniah yang tidak berbelah bahagi.
“Disebabkan perkara itu kami memutuskan untuk membuat pengumuman yang agak sukar mengenai sokongan dan hadiah dari peminat setelah berbincang dengan BLACKPINK sejak sekian lama.
“Mulai sekarang kami dengan hormatnya tidak lagi akan menerima hadiah yang dihantar oleh peminat untuk meraikan majlis khas BLACKPINK seperti ulang tahun (ulang tahun debut kumpulan, ulang tahun debut solo, hari jadi), siaran langsung (rancangan muzik, rancangan radio, rancangan variety) atau konsert (makanan ringan, sumbangan dalam bentuk bunga).
“Kami sangat berterima kasih sekiranya anda memberikan hadiah yang anda persiapkan dengan penuh kasih sayang itu kepada mereka atau tempat-tempat yang lebih memerlukan.
“Selain daripada surat kiriman peminat, harus diingatkan bahawa hadiah atau pakej yang dihantar akan dikembalikan atau dibuang. Kami berharap anda semua dapat memahami dan memberikan Kerjasama.
“Perlaksanaan dasar ini mula berkuatkasa pada 12 Oktober 2021. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada BLACKPINK.
“BLACKPINK akan terus melakukan pelbagai aktiviti pada masa akan datang dan bekerja keras untuk menjadi artis yang hebat. Teruskan menyokong BLACKPINK, terima kasih,” jelasnya.
Sebagai peminat, BLINK akur dengan keputusan yang dibuat dan akan terus memberikan sokongan kepada idola kesayangan mereka.
BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini mempunyai banyak lagu hit antaranya How You Like That (2020), Ice Cream (2020), Kill This Love (2019), Ddu-Du Ddu-Du (2018), Boombayah (2018) dan Whistle (2018).
kredit foto: Vogue Korea: BLACKPINK by Petra Collins
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #Blackpink #YG Entertainment #Blink #Gempak Chingu
;