Artis Korea

Borahae! BTS Jadi Artis K-Pop Pertama Muncul Dalam MTV: Unplugged, Save The Date Army

Mya Amri
22/02/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Borahae! BTS Jadi Artis K-Pop Pertama Muncul Dalam MTV: Unplugged, Save The Date Army
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS bakal muncul dalam program popular MTV: Unplugged pada Rabu ini.
Lebih manis lagi apabila BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-HOPE, V, Jimin dan Jungkook ini muncul sebagai artis K-Pop pertama pernah tampil dalam MTV: Unplugged.
Sesi BTS Unplugged ini dirakamkan di Seoul, Korea Selatan dan akan menampilkan lagu-lagu dari album terbaharu mereka, BE (Deluxe Edition) lagu hit lain dan juga kejutan buat peminat.
Selain MTV: Unplugged, BTS juga turut mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi K-Pop pertama tercalon di anugerah berprestij dunia, Grammy.
Mereka tercalon bagi kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik menerusi single Inggeris pertama mereka, Dynamite.
Anugerah Grammy ke-63 akan berlangsung pada 14 Mac mendatang.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana MTV Unplugged Presents: BTS pada Rabu, 24 Februari (waktu Malaysia) menerusi MTV (saluran 718) bermula jam 10 pagi dengan tayangan serentak di seluruh dunia
Untuk info, sebelum ini hanya beberapa artis ternama dunia sahaja seperti Nirvana, Eric Clapton, Sting, Oasis dan Mariah Carey yang pernah diberi peluang untuk menjayakan siri MTV: Unplugged.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar