Artis Korea
‘Datuk’ K-Drama Paling Disayangi, Yeom Dong Heon Meninggal Dunia
Pelakon veteran Korea, Yeom Dong Heon dilaporkan meninggal dunia pada usia 55 tahun.
Menurut laporan Star Village Entertainment, mendiang meninggal dunia pada 2 Disember pada jam 11:50 malam (waktu Korea).
"Kami akan sentiasa mengingati mendiang kerana cinta dan semangat yang ditunjukkannya terhadap lakonan. Kami mendoakan perjalanannya ke negara abadi selamat hingga ke akhirat,” maklum kenyataan itu.
Difahamkan juga bahawa aktor hebat ini mula menerima rawatan untuk penyakit hati baru-baru ini.
Untuk pengetahuan, Dong Heon bukanlah asing dan terkenal di kalangan peminat drama Korea kerana sering membawakan watak sebagai harabuji (datuk) dan juga bapa dalam beberapa naskhah popular.
Dilahirkan pada tahun 1968, Dong Heon membuat penampilan sulungnya dalam teater pada tahun 1994.
Antara drama hit yang dibintanginya adalah Beethoven Virus, The King 2 Hearts, Your Neighbor's Wife dan banyak lagi.
Selain itu, mendiang juga turut membintang beberapa filem hebat antaranya Juror 8, Asura: The City of Madness dan The Yellow Sea.
Manakala projek terbaharunya pula berjudul Artificial City.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea
#Datuk
#Drama Korea
#K-Drama
#Artis Korea Meninggal Dunia
#Datuk K-Drama
#Yeom Dong Heon