GDA2022: BTS SUGA Sembuh Sepenuhnya Dari COVID-19
Peminat BTS menarik nafas lega selepas salah seorang daripada anggotanya iaitu SUGA telah sembuh sepenuhnya dari COVID-19.
Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan rasmi di Weverse hari ini.
“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa ahli BTS, SUGA telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan kuarantinnya telah tamat hari ini pada tengah hari, 3 Januari.
“SUGA yang menerima rawatan dari rumah sejak sepuluh hari lalu mulai Jumaat, 24 Disember, kini boleh kembali melakukan aktiviti harian.
“SUGA tidak menunjukkan sebarang simptom tertentu sewaktu kuarantin dan kini pulih semasa berehat di rumah.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menunjukkan kebimbangan terhadap kesihatan artis kami.
“Terima kasih juga kepada mereka dalam bidang perubatan kerana melakukan yang terbaik untuk mengatasi COVID-19.
“Kami akan terus meletakkan kesihatan artis sebagai keutamaan kami, dan mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan dengan berhati-hati,” maklumnya.
Terdahulu pada 23 Disember 2021, SUGA merupakan ahli BTS pertama yang disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu dua anggota BTS lain iaitu RM dan Jin juga didapati positif COVID-19.
BACA: BTS Suga Positif COVID-19, Lengkap Vaksin & Tiada Simptom
BACA: #OhDaebak: Selepas Suga, RM & Jin Pula Positif, Ini Lima Artis Korea Yang Pernah Dijangkiti COVID-19
Dalam perkembangan terbaru, BTS bakal membuat persembahan pada anugerah berprestij iaitu 36th Golden Disc Awards (GDA2022) pada 8 Januari ini.
Jadi kepada pelanggan ASTRO, jangan lupa saksikan persembahan legend mereka di 36th Golden Disc Awards (GDA 2022) pada Sabtu, 8 Januari, jam 2 petang di aplikasi Astro GO
GDA2022 dibawakan secara eksklusif oleh ASTRO sebagai penyiar rasmi.
Kredit foto: GQ KOREA