Hai Okay Ke Tu? K-Drama The Penthouse & Kairos Memang Buat Netizen Sakit Hati!
Dua drama Korea terbaharu berjudul The Penthouse dan Kairos benar-benar membuatkan netizen sakit jiwa!
The Penthouse yang dibintangi oleh Lee Ji Ah, Kim So Yeon, dan Eugene benar-benar menguji kesabaran di mana drama ini mengisahkan tentang kehidupan dan konspirasi kelas atasan.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kehebatan watak-watak yang dibawa oleh tiga pelakon wanita berkenaan.
Kairos yang dibintangi oleh Shin Sung Rok dan Lee Se Young merupakan drama thriller fantasi yang mengisahkan tentang dua dunia dengan tempoh waktu berlainan.
Kisah bermula apabila seorang lelaki dan wanita hanya boleh berhubung antara satu sama lain dengan hanya satu panggilan sahaja pada waktu tertentu selama satu minit.
Tujuan mereka berhubung adalah untuk mencari dan menyelamatkan orang tersayang yang diculik atau berkemungkinan dibunuh.
Sama seperti The Penthouse, netizen juga memberikan respon positif terhadap Kairos.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU