Artis Korea
“Hanya Ada Satu Hari Ingat Semua Gerakan Tarian” – Lisa BLACKPINK Kongsi Pengalaman Jadi Mentor
Mentor program pencarian bakat, Youth With You 3 (YWY3), Lisa BLACKPINK berkongsi pengalaman mengajar para pelatih.
Menurut Lisa, tugasan yang diberikan kepada mereka tidak mudah namun para pelatih mampu mengendalikannya dengan baik.
“Sebagai contoh semasa tugasan lagu tema diberikan, mereka perlu menari secara sekali atau one take.
“Mereka hanya mempunyai masa selama satu hari sahaja untuk berlatih dan mengikuti kelas saya seterusnya. Lagu ini sememangnya sangat susah.
“Namun ada pelatih yang dapat mengingati semua gerakan tarian dalam tempoh satu hari. Semua pelatih bekerja keras untuk melaksanakannya. Usaha mereka semua membuatkan saya berasa kagum dan bangga,” ujarnya.
Tambah Lisa lagi, dia juga berasa gembira dan berbesar hati dapat membantu para pelatih.
“Apa yang boleh saya katakan adalah kepuasan hati. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat membantu para pelatih untuk mencapai impian mereka.
“Perasaan yang bercampur-baur, bahagia, gembira dan juga bangga dengan mereka semua,” katanya.
Jadi jangan lupa saksikan episod penuh Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQiyi antarabangsa secara PERCUMA.
Youth With You 3 sudah pun ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.
Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.
Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
#Artis Korea
#Lisa Blackpink
#Gempak Chingu
#Youth With You 3
#Lalisa Manoban
#YWY3
#Jun Liu
#Program Korea
#Program Pencarian Bakat
#Program TV Korea