Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Artis Korea

Lee Kwang Soo, Kim Woo Bin Buat Part Time Jadi Pekerja Supermarket Nak Bantu Kawan

Mya Amri 19/02/2022 | 12:49 MYT

Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo kini bekerja di pasar raya.

Bagaimanapun jangan salah faham, sebenarnya mereka berdua hanya bekerja kerana diupah sebagai pekerja sambilan di pasar raya yang dikendalikan oleh Jo In Sung dan Cha Tae Hyun dalam episod terbaharu program Unexpected Business 2.

Lebih melucukan, Woo Bin dan Kwang Soo tidak mengetahui langsung tentang perkara itu dan terkejut sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut.

“Saya rasa ada sesuatu yang salah tentang perkara ini, adakah kamu telah menipu kami? Adakah kami telah ditipu?” soal Woo Bin.

Bagaimanapun In Sung dengan spontan memohon maaf kerana terlalu sibuk dan tidak sempat menyambut mereka sebagai tetamu.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menyambut anda dengan lebih baik kerana sekarang adalah waktu sibuk,” ujarnya selamba.

Nak tahu apa reaksi Kwang Soo?

Jangan lupa saksikan Unexpected Business 2, bermula 22 Februari ini, setiap Selasa, jam 10.30 malam di tvN (saluran 394).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Lee kwang Soo #Kim Woo Bin #Artis Korea #Artis Korea Part Time Job #Part Time Job #Unexpected Business 2
;