Artis Korea
Lepas Empat Tahun, So Ji Sub Kembali! Kali Ini Dalam Dr Lawyer
Pelakon Korea terkenal, So Ji Sub bakal membuat kemunculan semula menerusi drama terbaharu berjudul Dr Lawyer.
Berita tersebut disambut baik oleh peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya selepas empat tahun.
Ji Sub akan membawakan watak sebagai Han Yi Han iaitu seorang peguam penyelewengan perubatan yang genius dan mempunyai dua bidang kepakaran dalam pembedahan.
Menariknya lagi, Dr Lawyer merupakan naskhah penulis Jang Hong Chul yang menghasilkan karya popular antaranya Haechi dan Iljimae.
Drama ini dijangka akan ditayangkan pada pertengahan 2022.
Ji Sub ini terkenal menerusi drama popular antaranya I’m Sorry I Love You (2004), Master’s Sun (2013), Oh My Venus (2015) dan My Secret Terrius (2018).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video