Artis Korea
Love! BTS Komen Grammy - “Ada Yang Kata Kami Gagal Tapi Sebenarnya Tidak”
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS meluahkan rasa bangga dapat membuat persembahan solo dipentas berprestij Anugerah Grammy 2021 yang berlangsung baru-baru ini.
Walaupun mereka tidak memenangi kategori Persembahan Pop / Duo berkumpulan Tebaik namun BTS tetap berfikiran positif.
“Mungkin ramai yang sudah menjangkan kami tidak dapat memenangi anugerah itu, tetapi saya mengambilnya sebagai petanda untuk kami terus berusaha dengan lebih gigih lagi,” katanya.
Bagaimanapun ketua kumpulan BTS, RM juga tidak menafikan ada menerima komen-komen yang kurang enak disebabkan kekalahan mereka di Anugerah Grammy 2021.
“Kami ada melihat beberapa laporan artikel yang mengatakan kami gagal memenangi trofi tetapi sebenarnya ia tidaklah sebegitu.
“Kami tidak melihat perkara itu sebagai satu kegagalan. Secara jujurnya ini adalah kali pertama kami tercalon.
“Jadi sebagai seorang yang kali pertama tercalon dan diberi peluang untuk melakukan persembahan secara solo, itu juga sudah cukup membanggakan untuk kami.
“Tak mengapa, kami okay. Tipulah kalau kata kami tak sedih, tetapi itu juga merupakan satu pengalaman yang menakjubkan.
“Jadi apa kata kita terus mencipta dan melakukan sesuatu yang lebih bagus lagi. Jangan berhenti dan ayuh teruskan,” katanya.
RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon berkata demikian sewaktu melakukan sesi siaran langsung bersama Army (fandom) menerusi platform digital VLive sebaik sahaja Anugerah itu berakhir.
Untuk info, BTS tewas kepada Lady Gaga dan Ariana Grande menerusi lagu Rain On Me.
BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini tercalon dalam kategori itu menerusi lagu hit single Inggeris pertama mereka berjudul Dynamite.
Mereka juga mencipa sejarah tersendiri apabila menjadi artis K-Pop pertama tercalon dalam Anugerah Grammy.
BTS juga pernah membuat persembahan di pentas Grammy bersama penyanyi Lil Nas X menerusi lagu Old Town Road tahun lalu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU