Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

“Muka Saya Bila…” – Penangan Ali Squid Game, Sekelip Mata IG Anupam Tripathi Ada 3 Juta Pengikut!

Mya Amri 13/10/2021 | 00:28 MYT

Berikutan kejayaan Squid Game, majoriti para pelakonnya mengalami peningkatan populariti secara mendadak ini termasuklah pelakon India, Anupam Tripathi.

Membawakan watak sebagai Ali, karakter tersebut menjadi watak paling disayangi netizen kerana sikapnya yang lurus, penyayang dan baik hati.

Disebabkan itu juga ramai yang mencari akaun media sosial Ali untuk mengenali karakter sebenar Anupam dan mengikuti perkembangan pelakon hebat disebalik seorang lelaki yang menyarungkan jersi pemain bernombor 199 dalam Squid Game ini.

BACA: #OhDaebak: Baik Hati, Lurus Dan Jujur , Ali Abdul Karakter Squid Game Paling Ramai Sayang

Segalanya berlaku dengan pantas, kini akaun Instagram Anupam sudah mencecah sehingga 3 juta pengikut selepas Squid Game mula ditayangkan sejak 17 september lalu.

Menerusi hantaran terbaru di akaun Instagramnya, Anupam juga mengucapkan rasa syukur dan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepadanya.

“Wajah saya setelah mengetahui bahawa saya mempunyai 3 juta,” tulisnya.

A post shared by Anupam Tripathi (@sangipaiya)

Terdahulu, Anupam semakin popular selepas karakternya sebagai Ali menjadi tular di media sosial seluruh dunia dengan watak naif sebagai Ali.

Ali merupakan seorang warga Pakistan berusia 33 tahun yang mendapati diri dan keluarganya di Korea tidak mendapat sokongan.

Setelah majikan tidak membayar gajinya selama berbulan-bulan, Ali dipaksa untuk mengambil bahagian dalam permainan kejam ini untuk mencuba nasib walaupun akan berdepan dengan kematian sekiranya gagal.

Disebabkan terlalu naif, Ali juga tekah ditipu oleh orang yang dianggap seperti abang. Perkara itulah yang membangkitkan kemarahan netizen dan berharap Ali mendapat pengakhiran yang lebih baik.

Kepada yang belum menonton jangan lupa saksikan Squd Game secara eksklusif di Netflix

BACA: #OhDaebak: Dari 2008, Muzik Dan Simbol Unik, Ini Lima Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Squid Game!

BACA: Squid Game, Bila Permainan Kanak-Kanak Bertukar Nyawa, Hidup Dan Mati

Saksikan Squid Game secara eksklusif hanya di Netflix.

Sinopsis:

Seramai 456 orang telah berjuang dalam hidup diundang untuk menyertai pertandingan misteri bernama Squid Game.

Mereka perlu bersaing dengan serangkaian permainan kanak-kanak tradisional yang penuh dengan liku-liku sehingga membahayakan nyawa mereka hanya untuk mendapatkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM162 juta.

Untuk info: Squid Game merupakan permainan kanak-kanak tradisional rakyat Korea pada zaman 70an - 80an dan permainan ini melibatkan fizikal.

Terdapat dua pihak iaitu penyerang dan bertahan. Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) yang menghasilkan bentuk seakan Sotong.

#Drama Korea #K-Drama #Netflix #Netflix Korea #Squid Game #Anupam Tripathi #Ali Squid Game
;