Artis Korea
#OhDaebak: Baik Hati, Lurus Dan Jujur , Ali Abdul Karakter Squid Game Paling Ramai Sayang
Sebut sahaja mengenai drama fenomena Squid Game pasti ramai terfikirkan tentang patung gergasi kanak-kanak, permainan red light green light dan muzik trademark yang dimainkan.
Namun tidak dinafikan juga karakter-karakter di dalam Squid Game juga menjadi tumpuan netizen dan salah seorangnya adalah Ali Abdul.
Ali Abdul yang dibawakan oleh Anupam Tripathi ini menjadi watak paling disayangi netizen kerana karakternya penyayang dan baik hati.
Advertisement
Dikenali sebagai pemain bernombor 199, Ali merupakan peserta yang naif, tidak ragu-ragu untuk melakukan kebaikan dan meletakkan kepercayaan kepada orang lain membuatkan dia menjadi karakter paling digemari dalam Squid Game.
Mungkin ada yang masih belum kenal siapa Ali ini, di sini #OhDaebak kongsikan serba sedikit mengenai jejaka bernama Anupam Tripathi ini.
1. Anupam Tripathi adalah aktor yang berasal dari India yang lahir pada tanggal 2 November 1988.
2. Aktor kelahiran New Delhi itu melakukan debut pertamanya sebagai pelakon pada tahun 2006 dan berpindah ke Korea sejak 2010.
3. Merupakan lulusan Korea National University of Arts (KARTs), Anupam Tripathi tidak asing lagi dalam dunia lakonan di Korea.
4. Walaupun kebanyakkannya sebagai pelakon pembantu namun Anupam telah melibatkan diri lebih dari 10 projek sejak tahun 2014. Kemunculan pertamanya adalah dalam filem Ode to My Father (2014) sebagai cameo.
5. Menjadi watak pembantu dalam fillem sci-fi Netflix berjudul Space Sweepers pada tahun ini. Filem itu juga dibintangi oleh pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki.
6. Pada awalnya, impian Anupam untuk menjadi pelakon tidak begitu direstui keluarga. Bagaimanapun selepas kecemerlangan Squid Game, ternyata perkara itu membanggakan mereka.
7. Namun Anupam meluahkan rasa terkilan kerana kejayaannya sebagai pelakon di Korea selepas membintangi Squid Game tidak dapat disaksikan oleh bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun 2017. Katanya sekiranya bapa masih hidup sudah pasti suka selepas menontonnya.
8. Disebabkan perbezaan bahasa dan budaya, Anupam mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri terutamanya tentang makanan dan bahasa Korea.
Terdahulu, Anupam semakin popular selepas karakternya sebagai Ali menjadi tular di media sosial seluruh dunia dengan watak naif sebagai Ali.
Ali merupakan seorang warga Pakistan berusia 33 tahun yang mendapati diri dan keluarganya di Korea tidak mendapat sokongan.
Setelah majikan tidak membayar gajinya selama berbulan-bulan, Ali dipaksa untuk mengambil bahagian dalam permainan kejam ini untuk mencuba nasib walaupun akan berdepan dengan kematian sekiranya gagal.
Disebabkan terlalu naif, Ali juga tekah ditipu oleh orang yang dianggap seperti abang. Perkara itulah yang membangkitkan kemarahan netizen dan berharap Ali mendapat pengakhiran yang lebih baik.
Kepada yang belum menonton jangan lupa saksikan Squd Game secara eksklusif di Netflix
BACA: #OhDaebak: Dari 2008, Muzik Dan Simbol Unik, Ini Lima Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Squid Game!
Saksikan Squid Game secara eksklusif hanya di Netflix.
Sinopsis:
Seramai 456 orang telah berjuang dalam hidup diundang untuk menyertai pertandingan misteri bernama Squid Game.
Mereka perlu bersaing dengan serangkaian permainan kanak-kanak tradisional yang penuh dengan liku-liku sehingga membahayakan nyawa mereka hanya untuk mendapatkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM162 juta.
Untuk info: Squid Game merupakan permainan kanak-kanak tradisional rakyat Korea pada zaman 70an - 80an dan permainan ini melibatkan fizikal.
Terdapat dua pihak iaitu penyerang dan bertahan. Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) yang menghasilkan bentuk seakan Sotong.
Sumber: Wikipedia, Today Online, Yonhap News
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video