Artis Korea

#OhDaebak: Menyanyi Soprano, Dapat Penampar Back To Back! Scene Epik Cheon Seo Jin Ni Paling Win

Mya Amri
06/06/2021
15:42 MYT
Sponsor Banner
#OhDaebak: Menyanyi Soprano, Dapat Penampar Back To Back! Scene Epik Cheon Seo Jin Ni Paling Win
Episod pertama siri drama popular, Penthouse 3 sudah pun membuka tirai dengan menyaksikan kehidupan mereka di dalam penjara.
Dari babak menyakitkan hati dengan perangai syaitan Joo Dan Tae yang masih belum insaf dan bertambah gila, sehinggalah watak Cheon So Jin bersama rakan-rakannya yang masih cuba menyesuaikan dengan kehidupan penjara.
Bagaimanapun babak yang menjadi perbualan dan perhatian netizen kali ini agak berlainan kerana ia tidak melibatkan kekejaman Joo Dan Tae yang telah merancang pembunuhan Logan sebaliknya watak Cheon So Jin di dalam penjara.
Babak tersebut merakamkan Seo Jin telah ditampar berulang-kali selepas membangkitkan kemarahan leader dalam penjara yang didukinya.
Bagaimanapun, cara tamparan itu agak melucukan kerana dia perlu menerima hukuman tersebut semasa leader itu menyanyikan lagu soprano dan menyebut ‘ahh’.
Menerusi media sosial Twitter, rata-rata netizen terhibur dengan babak epik berkenaan.
BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae
Berbalik kepada Penthouse 3, ramai yang sudah menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat episod kedua drama makjang itu pada minggu hadapan.
Oh korang jangan lupa pula saksikan Penthouse 1 dan Penthouse 2, setiap Selasa hingga Jumaat bermula jam 6.55 petang tau di ONE (saluran 393).
Penthouse 3 pula disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar