Artis Korea
Power Betul! Tale Of The Nine Tailed Berjaya Pintas Rating Flower Of Evil
Drama Korea terbaharu lakonan Lee Dong Wook berjudul Tale of the Nine-Tailed berjaya mencatat rating tertinggi.
Lebih hebat lagi apabila Tale of the Nine-Tailed berjaya memintas rekod drama terdahulu, Flower of Evil.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod kedua yang ditayangkan pada 8 Oktober lalu itu telah merekodkan penilaian purata sebanyak 5.8 peratus di seluruh negara.
Bahkan episod pertama drama itu juga turut mendapat pujian penonton dengan jalan cerita yang menarik.
Selain Dong Wook, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Jo Bo Ah dan Kim Bum.
Tale of the Nine Tailed merupakan sebuah drama fantasi yang mengisahkan tentang gumiho lelaki (seekor rubah) bernama Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang menetap di kota.
Seorang pengarah produksi, Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) bertekad untuk mencari rubah jadian itu manakala Kim Bum pula memainkan peranan sebagai adik tiri Yi Yeon yang dengki dengan abangnya.
Jangan lupa saksikan Tale of the Nine Tailed setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:45 malam di tvN (saluran 395).
Drama ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan iQIYI App.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU