Artis Korea
“Saya Ada Hadiah Untuk Anda” – EXO Suho Tamat Latihan Tentera, Rindu Peminat
Penyanyi dan juga anggota kumpulan K-Pop EXO, Suho telah menamatkan latihan khidmat tenteranya.
Sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang setia menunggu, Suho mengambil peluang meluahkan rasa rindunya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Pada 14 Januari 2022 secara rasminya saya sudah pun menamatkan latihan khidmat tentera. Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya sangat merindui EXO-L (gelaran peminat).
“Walaupun saya berjauhan dengan anda semua sepanjang perkhidmatan, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ia merupakan masa yang begitu bermakna, yang membuatkan saya lebih memikirkan tentang EXO-L.
“Selama satu tahun Sembilan bulan, saya sangat-sangat rindukan anda dan juga anggota EXO sehinggakan ada satu hari saya termimpi yang kami mengadakan konsert bersama.
“Rasanya memang saya nak terus merentasi masa, berada di atas pentas dan bertemu dengan anda semua secepat mungkin.
“Jadi selepas ini kita tidak perlu berpisah lagi! Jika saya dapat memeluk anda, saya akan peluk dengan erat dan tidak akan melepaskan pelukan tersebut.
“Saya juga ada menyediakan hadiah untuk EXO-L. Saya harap hadiah ini dapat membuatkan anda rasa berbaloi menunggu saya.
“Memandangkan sudah lama kita tidak dapat berjumpa, marilah kita berjanji untuk berjumpa dengan lebih kerap lagi mulai sekarang! We! Are! One! EXO! Let’s love!” coretnya.
Suho merupakan anggota ketiga EXO yang menamatkan latihan ketenteraannya selepas Xiumin dan D.O manakala Chen, Baekhyun, dan Chanyeol pula masih lagi berkhidmat dalam tentera.
Kredit foto: Grazia / Google
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Exo
#Artis Korea
#Latihan Ketenteraan
#Suho
#EXO Suho
#Latihan Khidmat Tentera
#Tamat Latihan Tentera
#EXO-L