Artis Korea

Sembuh Kanser Tiroid, Lee Jae Won - “ Kini Saya Amalkan Makanan Sihat”

Mya Amri
30/09/2022
15:30 MYT
Sponsor Banner
Sembuh Kanser Tiroid, Lee Jae Won - “ Kini Saya Amalkan Makanan Sihat”
Bekas anggota kumpulan lagenda Korea, H.O.T iaitu Lee Jae Won mengesahkan dirinya merupakan pesakit kanser tiroid.
Jae Woon mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual dalam episod MBN Special World pada Khamis.
Kata Jae Won, dia disahkan menghidap kanser pada awal usia 30-an.
“Saya menghidap kanser tiroid pada usia 30-an dan kini telah sembuh. Sejujurnya saya berasa sangat terkejut selepas menjalani pembedahan,” ujarnya.
Menurut Jae Won, dia kini hanya mengamalkan pemakanan sihat sebagai langkah untuk menjaga diri.
“Selepas menjalani pembedahan, saya telah sembuh sepenuhnya dan sekarang ini saya hanya menjaga pemakanan, makan makanan yang sihat dan juga diet seimbang.
“Saya juga sudah lama tidak aktif jadi tahun ini menandakan ulang tahun ke-26 saya debut.
“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mendekati peminat sedikit sebanyak yang saya boleh lalukan untuk mereka,” jelasnya.
Terdahulu, Jae Won telah memulakan debutnya bersama H.O.T para tahun 1996.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar