Artis Korea
“Semoga Jadi Lebih Bermakna” – Tak Ambil Satu Sen Pun, Kim Jong Kook Sumbang Semua Keuntungan YouTube
Penyanyi dan anggota Running Man, Kim Jong Kook membuat keputusan untuk menyumbang kesemua keuntungan yang diperolehi daripada saluran YouTube miliknya bulan ini.
Jong Kook memaklumkan perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya iaitu Gym Jung Kook di ruangan komuniti baru-baru ini.
Menurut Jong Kook, dia membelanjakan keuntungan itu untuk kebaikan dan membantu golongan yang memerlukan.
“Terima kasih sekali lagi atas minat, cinta anda yang luar biasa dan juga kerana memberi saya kekuatan untuk memulakan perjalanan baru saya yang tidak mudah.
“Ia bukanlah perkara yang besar… Sebenarnya saya ingin menyumbangkan semua keuntungan yang dijana dari lima video dimuat naik bulan ini, tidak termasuk kos pengeluaran (kerana pada masa akan datang, jumlah tontonan ini ... saya rasa tidak akan dapat dengan mudah seperti ini lagi).
“Sebenarnya keputusan yang dihasilkan dengan bantuan begitu ramai orang, bukan hanya saya… Maka saya berpendapat adalah lebih bermakna sekiranya dapat menyalurkan untuk perkara yang baik.
“Anda yang telah menyokong saluran 'Gym Jong Kook' adalah merupakan orang yang mengambil bahagian dalam sumbangan ini, jadi saya harap anda merasa dihargai dan bersenam dengan lebih sihat! Terima kasih!” coretnya.
Sebelum ini, Jong Kook telah membuka saluran YouTube yang memberikan fokus terhadap kehidupan hariannya yang mengamalkan gaya hidup sihat.
You Tube yang dibuka pada bulan lalu itu telah mencapai sebanyak 1.91 juta dalam masa lima hari dari tarikh pelancarannya.
Sejak itu, penyanyi dan penghibur telah memuat naik sebanyak 5 video, yang telah mengumpulkan 38.8 juta tontonan.
Sehingga kini, enam video yang dimuat naik di akaun berkenaan telah menerima lebih 38.8 juta penonton secara total.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU