Education | Pendidikan

#GempakSpot: Ini Adalah Kisah Anak Yang Tiada Negara. Bagaimana Ianya Boleh Terjadi?

Gempak Spot
08/08/2019
01:59 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Ini Adalah Kisah Anak Yang Tiada Negara. Bagaimana Ianya Boleh Terjadi?

Tiba-tiba teringat satu kes ni. Budak Sabah tak ada kad pengenalan. Kena tangkap dan dituduh di bawah Akta Imigresen. Bapa angkat dia ada dan bawa surat beranak. Pada surat beranak tu terang-terangan tulis Bukan Warganegara. Mak Ayah dia keturunan Filipina.

Aku tanya dengan bapa angkat dia ni mana dia kutip budak tu. Bapa angkat ni jiran sebelah rumah. Dan lebih kurang berbelas tahun dahulu mak ayah budak ni tinggalkan anak dia kat rumah dan mereka hilang tak balik-balik. Ada yang kata kena tangkap dan ada yang kata memang buang anak tu.

Jadi pertuduhan bawah Seksyen 6 Akta Imigresen iaitu budak ni dituduh sebagai pendatang asing tanpa izin. Masalahnya sekarang, budak ni memang membesar di Malaysia. Bukannya dah besar baru nak datang Malaysia. Memang lahir di Sabah dan membesar di Kuala Lumpur.

Aku tanya dengan Mahkamah, tak kan nak hantar balik Filipina? Budak ni tak ada rekod kat sana. Tak pernah wujud pun di Filipina. Ini kan pulak nak bersembang Tagalog. Masa tu mana ada cerita Filipina kat TV3 lagi dah. Jem aku fikir dengan bapa angkat dia ni.

Rupa-rupanya, masa budak ni masih baby comel lagi mereka gunakan surat beranak anak entah sesiapa untuk bawa budak ni naik kapal terbang dan terus bermastautin di Kuala Lumpur. Berbelas tahun lamanya hidup di Kuala Lumpur, tiba-tiba nak hantar dia ke Filipina?

Puas dah aku consult dengan Jabatan Imigresen, mereka tak boleh nak buat apa. Mahkamah pun tak boleh buat apa sebab tiada peruntukan yang boleh selamatkan budak ni dah.

Aku ingat lagi Magistrate bagi remarks masa jatuh hukum. Beliau kata, “saya minta maaf sangat-sangat sebab saya tak boleh nak tolong awak. Benda ni di luar bidang kuasa Mahkamah. Seharusnya JPN dan JIM patut ada peruntukan khas bagi menangani masalah ini.”

Masa tu bapa angkat dan pakcik serta makcik angkat ni dah menangis dah. Aku pun kelu lah jugak. Habis khatam dah Akta Imigresen dan Akta JPN. Memang tak ada apa yang boleh dibuat untuk orang yang macam ni.

Pada mereka yang seumpama ini, mereka akan diklasifikasikan sebagai 'stateless', iaitu individu yang tidak mempunyai negara. Mereka akan ditempatkan di satu pulau dan hidup harmoni di sana sehingga melempiaskan nafas yang terakhir.

Puji jugalah kerajaan selama ini membantu mereka yang dikategorikan sebagai stateless ni. Kerajaan sediakan bekalan asas seperti makanan, pakaian, elektrik serta air kat pulau tu. Duduk je lah diam-diam. Tapi pisanglah kat pulau tu. Mana ada Pavi.

Tapi, jiwa budak tu Malaysia. Hati dia Malaysia. Bercakap bahasa Malaysia dan tanpa slang Sabah. Orang Kuala Lumpur katakan. Kalau tanya asal mana, dia akan cakap Sabah. Disebabkan ketiadaan sekeping kad warna biru, hancur hidup budak yang baru meningkat dewasa ni.

Kredit Gambar: PenangMonthly

Perkongsian ini dikongsi oleh Farhan Maaruf, seorang peguam yang menggunakan akaun Twitter @farhanmaaruf_. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024