Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Threesome Bukanlah Apa Yang Islam Ajar! Sungguh Jelek Perbuatan Itu"

Gempak Spot
29/10/2020
03:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Threesome Bukanlah Apa Yang Islam Ajar! Sungguh Jelek Perbuatan Itu"
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Facebook Samueldzul apabila sering diajukan ayat tidak senonoh hanya kerana dia beristeri dua.
“Bestlah bro boleh threesome!”
Pm sebegini banyak sekali diajukan kepada saya dari pihak lelaki.
Jujurnya, sungguh sedih rasanya kerana kaum saya memiliki cara berfikir yang sungguh rendah. Low class mentality.
Inilah yang terjadi bila terlalu banyak menonton cerita lucah. Sampaikan soalan dan statement yang diberi menyimpang jauh dari agama.
Pula itu, tidak mahu belajar apa panduan yang betul. Bila seks di luar batasan yang dijadikan sebagai keutamaan pasti musnah dan hancurlah diri serta keluarga itu.
Sedangkan berhubungan suami isteri adalah fitrah dan memang menjadi keperluan di dalam rumah tangga. Dan Islam sudah memberi kita garis panduan serta tatacaranya.
Dan threesome bukanlah apa yang islam ajar! Sungguh jelek perbuatan itu.
Tidak hairanlah banyak kehancuran berlaku. Macam ini punya gaya pemikiran yang menjadi utama.
Apa niat utama kita berkahwin ya?
Bukan ke niat utama kita berkahwin untuk membela dan menyelamatkan isteri kita itu?
Kerana sayang dan cinta maka kita ubah diri kita dari tak baik kepada baik semata-mata hendakkan keselamatan dunia dan akhirat buat kita dan isteri kita.
Hendak atau tidak hendak hidup ini memang perlu diniat hidup kerana Allah.
Dan ini untuk yang tidak beristeri juga. Sebelum beristeri buang cara fikir yang kotor ini.
Nafsu memang suka benda benda macam ini.
Hidup kita bukan untuk buat apa yang nafsu suka. Kita hidup untuk buat apa yang Allah suka. Tagih cinta dan sayang Allah itu. Barulah ada keberkatan dan rahmat didalam kehidupan.
Sebelum berkata-kata, ambil masa beristighfar dahulu. Agar kata-kata dan cara berfikir kita masih di dalam garis panduan agama.
Lelaki dan suami, kita jangan turuti nafsu yang penuh dengan gila ini. Makin dilayan, makin jadi jahatnya!
Kita adalah penyelamat bukan pengamal maksiat.
Bila kita berjaya kawal nafsu kita barulah boleh kita menyelamatkan diri kita, ahli keluarga kita dan orang sekeliling kita. Jangan turuti nafsu yang jahat!
Dan jangan ambil kesempatan dengan kaum wanita!
Sedih dengan pemikiran sebegini.
Samuel Dzul
Kredit Gambar: Andrea Piacquadio
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Facebook Samuel Dzul dan mendapat 73 perkongsian dan lebih 471 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar