Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

Gempak
25/07/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”
Juri tetap Gimme The Mic Malaysia, Ajai mengakui pemilihan peserta adalah dengan mengutamakan bakat berbading rupa paras dalam mencungkil bakat baharu.

Bakat Lagi Penting

Jelas Ajai, dia juga berpendapat tidak mustahil bagi Gimme The Mic Malaysia bakal mengulangi fenomena program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF).

“Dah tiba masanya bakat diutamakan, selepas itu mereka boleh riaskan diri masing-masing. Semudah itu saja.

“Sebab kita mahukan buat yang tidak mempunyai rupa ini kalau berbakat dan tidak diketengahan, siapa lagi? Dah lama kita tak buat pertandingan mencari bakat baharu.
“Saya rasa 5 tahun kebelakang ini kita hidup dengan artis yang sudah bertapak lama. Tak salah jika saya cakap program ini akan jadi seperti fenomena Akademi Fantasia (AF),” ujarnya kepada Gempak.

Mahu Lebih Versatil

Mengulas persembahan semua peserta pada minggu pertama, Ajai berpendapat hampir semua peserta masih gugup biarpun menyampaikan lagu dengan singkat.
“Kita dapat dengar lagu yang singkat, jadi ia tidak sampai ke klimaks lagu. Ada juga yang tidak berpengalaman untuk menyanyi dalam masa singkat untuk menyedapkan lagu.
“Berdasarkan ujibakat tempoh hari, apabila mereka menyanyikan lagu penuh, di situ nampak kekuatan masing-masing.

“Malah ada juga lagu yang bukan kegemaran mereka sebab ia pilihan pihak produksi. Ini adalah pertandingan, jadi mereka perlu versatil,” respons Ajai.

Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel Amzah dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Suara Serak Jadi Keunikan, Syamel Amzah Enggan Dibayangi Penyanyi Lain – “Dari Sekolah Orang Panggil Saya Suara Orang Tua"

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

ARTIKEL BERKAITAN: #TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024