Selepas pemergian Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, satu lagi butir bintang pergi meninggalkan kita semua.

Penyanyi lagenda, A.M. Salim Abdul Majeed atau Saleem meninggal dunia pada 6.15 pagi semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Jenazah kemudian dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, jam 2 petang hari sama. Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan bagi sesetengah daripada kita yang membesar mendengar lagu-lagu popularnya.

Lagu Suci Dalam Debu antara lagu ‘killer’ beliau yang akan diingati sampai bila-bila. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga meminati lagu terbabit.



Keunikan suaranya hingga hari ini tidak dapat ditandingi oleh siapa-siapa. Jika ada sekali pun mungkin anaknya sendiri iaitu shafiq farhain. (mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi bukan?)

Sebagai penghargaan kami terhadap sumbangan beliau. Kami senaraikan lima lagu 'berhantu' dendangan Saleem.

#1 SUCI DALAM DEBU (1997)

#2 BUKAN AKU TAK CINTA (1997)


#3 BUKAN AKU TAK SUDI (1997)


#4 DI PINTU MAHLIGAI (2014)


#5 HAKIKAT SEBUAH CINTA



Bagi yang tidak mengenali Saleem atau kumpulan Iklim, mereka ditubuhkan pada tahun 1989 (tahun saya dilahirkan). Sejak itu, populariti Saleem bersama Iklim melonjak-lonjak bukan hanya di Malaysia, malah hingga ke Indonesia.

Lagu-lagu mereka menjadi siulan anak muda hinggalah sekarang.


Apapun, bagi umat Islam marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Saleem semoga rohnya dicucuri rahmat.