,
fesyen

Adi Busana Miss Universe Malaysia, FRANCISCA Membawa Semangat Puteri Santubong & Puteri Sejinjang

Afiza Kamarulzaman
17/05/2021
06:18 MYT
Sarungan Adi Busana Rizman Ruzaini Bertinta 300,000 Kristal
Menggunakan hampir 300,000 kristal yang ditinta di seluruh gaun adi busana Francisca, membuatkan penampilannya di pertandingan Miss Unviverse baru-baru ini mencuri tumpuan. Menurut perekanya, mereka mengambil masa lebih enam bulan untuk menyiapkan persalinan mewah itu.
Gaun monokromatik ombre ini direka pada September 2020 selepas Francisca dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia. Mengadaptasi kisah kisah dongeng Puteri Santubong yang gemar menenun kain dan mempunyai pekerti murni sebersih hatinya. Baginda puteri telah disumpah menjadi gunung ikonik di Sarawak setelah berlakunya pergelutan bersama Puteri Sejinjang.
Mengambil kira semua elemen itu, Rizman Ruzaini turut mengekalkan siluet sleek dan demure pada gaun malam ini sementelah ratu kita mempunyai aura eksotik yang unik dan cukup tersendiri. Rizman Ruzaini percaya mampu menonjolkan aura dan pesonanya dalam persalinan itu. Keluhuran budi dan ketajaman mindanya pasti menyerap masuk ke dalam setiap posisi busanan ini digayakan, persis roh dan semangat Santubong yang dibawa dari guunung di Borneo ke Universe.
Bunga Terung menjadi elemen Borneo utama yang disuntik kala melakar corak ulangan cacahan bersama siluet jam pasir pada gaun bustier adorned yang dijahit tangan menggunakan perincian manik ombre hasil karya artisan Rizman Ruzaini melengkapi setiap incin dan lekuk potongan ratu kita.
Pakaian Malam Buat Miss Universe Malaysia 2020
Biru Ombre menjadi palet warna pilihan Rizman Ruzaini untuk gaun malam Francisca Luhong James pada pertandingan Miss Universe baru-baru ini. Setelah tiga kali mengolah rekaan ini, akhirnya mereka berpuas hati dengan hasilan akhir ini. Potongannya nan anggun, demure dan klasik membawanya dari Borneo ke Universe!
Diilhamkan daripada kisah rakyat Puteri Sejinjang yang disumpah berubah menjadi pulau. Setiap karya seni buatan tangan mewakili harta karun yang rumit di bawah kedalaman lautan. Mengekalkan potongan siluet jam pasir dengan belahan kain tinggi paras paha mengiringi langkah Francisca lebih sensual dan berkarisma. Hiasan perak ini berkilau cerah lambang imejan Miss Universe Malaysia kita yang melangkah di persada pentas berprestij penuh gemilang.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

gempak
25/07/2024
13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Sukan

Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

gempak
04/07/2024
07:44 MYT
Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai ini.
Viral

“Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

gempak
22/06/2024
08:20 MYT
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai akhir tahun lalu.
Terkini

“Wait They Are Not One Person?” Masih Ramai Tak Tahu Rizman Ruzaini Merupakan Dua Individu Berbeza!

gempak
07/06/2024
06:55 MYT
Jenama fesyen Rizman Ruzaini kembali menjadi sebutan selepas salah seorang perekanya, Rizman Nordin muncul menerusi podcast Apa Cerita baru-baru ini.
Unitar