Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
Maliah Surip
17/11/2024
15:24 MYT
Sponsor Banner
Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Warga emas berusia pertengahan 80 tahun, Marget Chola malah diberi gelatan Legendary Glamma dalam kalangan pengikutnya.
Dia diberi gelaran tersebut selepas tampil dengan pelbagai gaya fesyen yang cukup unik dan segar, hasil idea cucunya, Diana Kaumba.
Ironi, Chola hanya seorang warga emas biasa yang menjalani hidup di sebuah desa terpencil di Zambia.
Namun berkat perkongsian Kaumba yang merupakan seorang pereka gaya di New York, Chola kini memiliki lebih 225,000 pengikut di media sosial.
“Saya rasa lain. Rasa lebih hidup dan menjadi orang baharu dalam penataan gaya dan fesyen ini.
“Saya tidak percaya saya boleh dicintai. Saya rasa boleh menawan dunia,”katanya seperti dilaporkan BBC.

BERITA TRENDING: Pilu, Sayu! Diri Sendiri Daif, Kelibat Nenek Bongkok Tiga Bersedekah Jentik Hati Ramai - "Mungkin Ini Wali Allah"

Sementara itu Kaumba mendedahkan mendapat idea untuk mengayakan neneknya selepas pulang ke Zambia untuk menyambut ulang tahun kedua kematian bapanya.

BERITA TRENDING: "Saya Dah Lama Teringin ..." - Nenek 20 Cucu Tawan Puncak Bukit Maras Dengan Hanya Berselipar, Rahsia Badan Fit Cuma Makan ...

Menurut Kaumba dia menggayakan neneknya kerana mendapat inpsirasi daripada arwah bapa yang mempunyai minat dan selera fesyen yang baik.
“Jadi saya tanya nenek dia mahu tidak ‘bermain’ dengan saya? Dia setuju,” katanya.
Chola kemudian memberitahu: “Ini sahaja cara yang terbaik untuk dia mengenang saya jika saya meninggal dunia kelak.”

BERITA TRENDING: Nenek Buta Sebelah Mata Hebat Menembak, Rupanya Bekas Askar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024