Read

Sherry Ibrahim X Sugarscarf Keluarkan Tudung Edisi Terhad Khas Raya — Anda Tengok Pasti Terpikat

Public Anonymous User
02/06/2017
05:47 MYT
Sponsor Banner
Sherry Ibrahim X Sugarscarf Keluarkan Tudung Edisi Terhad Khas Raya — Anda Tengok Pasti Terpikat
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @Sherry Ibrahim

SUGARSCARF seseungguhnya satu jenama tudung popular yang tidak asing lagi dalam industri hijab. Buat kali pertamanya, Sugarscarf berkolaborasi bersama pelakon dan penyanyi tempatan, Sherry Ibrahim, menghasilkan satu himpunan yang diberi nama Koleksi Edisi Terhad Sherry Ibrahim x Sugarscarf Edisi Raya 2017.
Menariknya, koleksi raya 2017 Sugarscarf bersama Sherry Ibrahim menampilkan tiga rekaan tudung tersendiri iaitu Madison, Shawl dan Square yang terdiri daripada lebih 30 warna. Setiap koleksi menggabungkan elemen-elemen calitan warna berus air yang dipadankan dengan tona ceria dan meriah. Dalam kemeriahan itu, hadir juga rona-rona pastel yang lembut dan amat mengasyikkan.
Setiap rekaan koleksi ini melambangkan ciri-ciri seorang wanita moden yang gemar bergaya, feminin dan mengikut peredaran fesyen. Setiap motif abstrak pada tudung ini sesuai untuk dipadankan dengan apa jua gaya busana. Tona warna yang dipilih untuk koleksi ini nampaknya berteraskan kepelbagaian emosi yang mampu mencerminkan personaliti positif lagi bersemangat seseorang wanita.
Untuk pengetahuan InTenders, Koleksi Terhad Sherry Ibrahim x Sugarscarf Edisi Raya 2017 ini hanya dihadirkan 100 helai untuk setiap rekaan.
Buat para hijabi, jangan lepaskan peluang memiliki helaian tudung koleksi raya edisi terhad #SherryIbrahimxSugarscarf. InTrend tampilkan kesemua Koleksi Terhad Sherry Ibrahim x Sugarscarf Edisi Raya 2017 yang pasti buat anda mahu membelinya segera.

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Madison

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Madison

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Madison

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Madison

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Madison

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Shawl

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Shawl

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Shawl

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Shawl

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Shawl

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Square

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Square

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Square

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Square

Kredit foto: Sugarscarf, Koleksi Square

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar