gaya hidup

Sudut GROCERY Adalah Terapi Bagi Perempuan. Mohon Faham, Bagi Kami Masa Nak Belek Satu Persatu!

Afiza Kamarulzaman
15/03/2021
08:12 MYT
Sponsor Banner
Sudut GROCERY Adalah Terapi Bagi Perempuan. Mohon Faham, Bagi Kami Masa Nak Belek Satu Persatu!
Perempuan dan membeli-belah bagai irama dan lagu. Kalau dipisahkan rosaklah lagu, maka jahanamlah ‘mood’ dia sepanjang hari itu. Maka, biarkan dan bagi ‘chance’ lah perempuan nak menghabiskan masa berharganya di sudut yang sangat disukai kebanyakan perempuan iaitu bahagian barangan runcit.
Kongsi seorang suami bernama Muzaffar, isterinya dari usia muda remaja sehingga kini sudah berusia 40 tahun masih suka ‘bertafakur’ di bahagian grocery berjam-jam lamanya. Dari satu lorong ke satu lorong, isterinya hanya akan menolak troli sambil mata ke atas ke bawah rak setiap saat.
Tangannya akan mencapai satu demi satu barang di situ, diperiksa, diteliti label dan bungkusan barangan itu. Kemudian diletakkan semuka. Diambil yang lain, diletak lagi. Akhirnya, barang yang pertama tadi diambil dan diletakka dalam troli sebagai pilihan muktamad.
Begitulah saban bulan kalau menemankan isterinya membeli barang dapur. Lebih banyak masa di situ berbanding membeli baju. Mula-mula dulu, naik hairan juga Muaffar dengan perangai peik isternya itu, namun lama-kelamaan dah jadi ‘imun’. Maka, Muzaffar dah tahu, setiap kali menemankan isteri ke situ, dia akan bersedia fizikal dan mental.
“Ala, apa nak berkiran sangat setakat masa yang diambil sejam dua menemankan isteri kalau itu yang menggembirakannya? Balik nanti, dia juga yang mengemas, memasak dan menghidangkan juadah di atas meja untuk kami sekeluarga. Tak terbanding kan dengan pengorbanannya itu? Ikut sajalah...” Kongsi beliau.
Kredit Foto: Google
Perempuan Mahukan Kepuasan Sebelum Membeli
Setiap wang yang dilaburkan mestilah memberi pulangan yang baik – itu pandangan segelintir perempuan. Walaupun untuk sekampit beras atau sepeket tepung, perempuan akan membuat pilihan yang benar-benar tepat agar tidak menyesal di kemudian hari. Ya, walaupun akhirnya dia membeli yang sama setiap bulan.
Apa yang membuatkan perempuan sukar buat keputusan? Ada kala, terdapat barangan baru dijual. Kadang-kadang, dia ada terbaca review orang lain yang kata benda itu bagus, atau mungkin juga terdapat ‘sale’ untuk sesuatu barangan yang jarang dia beli. Maka, banyak yang ingin dipertimbangkan oleh seorang perempuan sebelum meletakkannya di dalam troli.
Sememangnya, berada di bahagian grocery memberikan terapi kepada sesetengah perempuan, apa lagi bagi mereka yang suka memasak dan makan. Melihat buah-buahan nan ranum, deretean coklat atau jajan yang pelbagai, minuman-minuma sedap dan pelbagai lagi ajnas nikmat membuatkan mata perempuan ‘ralit’.
Ada ketikanya bukan dia mahu membeli pun, tetapi lebih kepada cuci mata, melihat keindahan yang tiada di rumah. Dapat dibelek dan dipegang pun sudah memadai. Ia kepuasan luar biasa yang orang lelaki sukar untuk fahami. Keluar saja dari situ, terlepas rasa lega...
Kredit Foto: Google
‘Check List’ Sebelum Keluar Membeli
  • Buat senarai barangan yang ingin dibeli mengikut kumpulan jenis produk seperti barangan basah dan kering.
  • Sebaiknya juga, pastikan sudah ada dalam kepala jenama produk yang menjadi pilihan untuk mudahkan pemillihan.
  • Ketahui keperluan dan kehendak
  • Buat final check di bahagian dapur rumah untuk lihat apa barangan dapur yang masih ada atau yang perlu untuk ‘top up’?
  • Ambil masa untuk ketahui mana-mana tawaran harga murah pada sesuatu produk seperti susu anak dan sebagainya.
  • Mulakan pembelian barangan kering dahulu, baru ke bahagian basah supaya kesegaran barang basah tidak terjejas apabila lama masa diambil di situ.
  • Jangan lupa bawa beg barangan dari rumah untuk elak penggunaan beg plastik yang banyak.
  • Setkan masa untuk berapa lama kamu perlu berada di situ agar tidak ‘melalut’ keterlaluan. Boleh saja set masa di telefon bimbitmu.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024