gaya hidup

Waktu Macam Ni Jagalah Kesihatan, Jangan Sampai Masuk Hospital. Ada DUIT Pun Belum Tentu Diterima Hospital Swasta!

Afiza Kamarulzaman
16/07/2021
13:14 MYT
Sponsor Banner
Waktu Macam Ni Jagalah Kesihatan, Jangan Sampai Masuk Hospital. Ada DUIT Pun Belum Tentu Diterima Hospital Swasta!
Perkongsian pelakon, Rebecca Nur Islam baru-baru ini perihal seisi keluarga dan pembantu rumahnya yang disahkan positif Covid-19 benar-benar mereobek hati kita. Ia juga menyedarkan kita bahawa sebanyak mana pun wang kita ada, belum tentu terjamin urusan sakit pening kita dipermudahkan.
Dalam keadaan terdesak sekarang ini, tidak dinafikan ada kala kakitangan perubatan tidak mampu lagi melayan setiap orang dengan sebaik-baik layanan. Menurut Rebecca dalam livenya baru-baru ini, dia begitu ‘tersentak’ saat suaminya disahkan positif Covid-19 tahap empat.
Detik menghantar suami yang sesak nafas dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan pasti tidak dapat dilupakannya. Apa yang menyayat hati adalah kesukaran untuk menempatkan suaminya di mana-mana hospital swasta sekitar Kuala Lumpur. Semua hospital tidak menerima pesakit ketika itu kerana kuota sudah penuh, malah mereka juga mempunyai waiting list sekitar 60 ke 100 yang perlu didulukan.
Ada Duit, Tapi Tempat Tiada
Inilah yang dikatakan apabila duit tidak lagi berharga apabila dalam situasi darurat seperti ini membelenggu insitusi perubatan negara. Pesakit semakin ramai dan hospital tidak mampu lagi menampung kepadatan pesakit. Inilah yang sangat kita bimbangkan. Bukan hanya sakit dek Covid-19 , malah apa jua penyakit yang menyerang dan memerlukan kita ke hospital adalah sangat menakutkan buat masa sekarang ini.
Justeru, sangat penting untuk kita memastikan tahap kesihatan berada dalam kondisi yang baik. Elakkanlah gaya hidup yang memudaratkan. Jika tiada urusan penting, duduk sajalah di rumah. Dan, apabila berada di rumah, jangan pula habiskan masa dengan makan dan bermalas-malasan saja. Dibimbangi mengudang penyakit lain pula
Mulakan langkah pertama seawal usia dan tidak ada istilah dah terlewat untuk kita mengubah rutin harian kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Kredit Foto: Google
Mencegah Lebih Baik Dari Ke Hospital
  • Dalam situasi banyak masa dihabiskan di rumah, rancanglah aktiviti fizikal yang boleh dilakukan. Banyakkan aktiviti mengeluarkan peluh untuk kamu kekal bertenaga dan sihat seperti berjalan-jalan sekitar rumah, mengemas, berkebun dan sebagainya.
  • Lakukan senaman minimum tiga kali seminggu seperti berzumba atau aerobik di rumah menerusi YouTube.
  • Selalunya kalau bosan, aktiviti paling disukai pastilah masak atau makan. Boleh makan tapi perhatikan jenis dan kalori yang diambil. Elakkan menyimpan jajan-jajan di rumah, gantikan dengan buah atau kekacang sebagai snek. Cubalah masak juadah yang kurang lemak, garam, gula dan karbohidrat berlebihan.
  • Ambillah super food atau suplemen yang baik untuk badan. Dapatkan rundingan dengan doktor berkenaan makanan tambahan yang diperlukan tubuhmu.
  • Berusahalah untuk tinggalkan tabiat merokok atau mengambil alkohol, ia terbutki memudaratkan kesihatan!
  • Selain kesihatan fizikal, awasi juga kesihatan mentalmu. Diakui, dalam keadaan sukar sekarang memang ramai antara kita berdepan tekanan dan depresi. Cari jalan terbaik untuk tenangkan diri dan relaks.
  • Tingkatkan kebersihan diri dan rumah dengan kerap mencuci tangan dan selalu bersihkan persekitaran rumah dan perkakas yang ada.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar