Bercerita tentang hero lelaki masa kini, hadir lengkap dengan rupa dan bakat, boleh jadi pelakon. Pilihan dari Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Remy Ishak sehinggalah ke Fattah Amin, semestinya dikenali dan menjadi dambaan wanita. Namun, tahukah anda sebelum adanya hero-hero ini, ada 10 hero malaya yang menjadi pujaan sekitar tahun 90-an dan bertahan hingga kini. Siapakah mereka?
Azhar Sulaiman
Wajahnya sering menghiasi kaca televisyen bermula dari tahun 1989 lagi. Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang senibina dan turut bergelar seorang arkitek, nama Azhar Sulaiman lebih dikenali sebagai seorang pelakon dan juga pengacara sekitar tahun 90-an. Perjalanan kariernya sebagai pelakon TV dan filem di Malaysia sama rancak dan menjadi antara pelakon lelaki pujaan terutamanya selepas filem lakonannya, Abang 92 ke layar perak. Kini berusia 45 tahun, Azhar Sulaiman masih bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan dan turut menabur bakti dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Filem-filem terbaik lakonan Azhar Sulaiman:- Interlude (1992)
- Abang 92 (1992)
- Bisikan Cinta (1995)
- Sayang Salmah (1995)
- Jimi Asmara (1995)
- Impian (1996)
- KLU (1999)
- Trauma (2004)
Rosyam Nor
Filem-filem terbaik lakonan Rosyam Nor:
- Gila-Gila Remaja (1986)
- Kanta Serigala (1991)
- Suami, Isteri dan… (1998)
- Lenjan (1998)
- Gerak Khas The Movie (2001)
- KL Menjerit (2002)
- Laila Isabela (2003)
Faizal Hussein
Filem-filem terbaik lakonan Faizal Hussein:
- Gila-Gila Remaja (1986)
- Kanta Serigala (1991)
- Bayangan Maut (1991)
- XX-Ray (1992)
- Sate (1997)
- MX3 (2003)
- Bunohan (2012)
Datuk Awie
Filem-filem terbaik lakonan Datuk Awie:
- Pemburu Bayang (1993)
- Sembilu (1994)
- Sembilu II (1995)
- Tragedi Oktober (1996)
- Merah (1996)
- Nafas Cinta (1999)
- Bara (1999)
- Baik Punya Cilok (2005)
- Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
Datuk Eizlan Yusof
Filem-filem terbaik lakonan Datuk Eizlan Yusoff:
- Lurah Dendam (1996)
- Panas (1998)
- Perempuan Melayu Terakhir (1999)
- Cinta (2006)
- Pisau Cukur (2008)
Sidi Oraza
Filem-filem terbaik lakonan Sidi Oraza:
- Pening-Pening Lalat (1990)
- Sayang Salmah (1995)
- Layar lara (1997)
Hairie Othman
Filem-filem terbaik lakonan Hairie Othman
- Kad Cinta (1995)
- Puteri Impian (1997)
- Leftenan Adnan (2000)
- Seri Dewi Malam (2001)
- Gila-Gila Pengantin (2003)
Badrul Muhayat
Nama Badrul Muhayat rancak ditimpa kontroversi sekitar tahun 2010 namun itu tidak membutakan mata peminat dengan bakat lakonannya. Antara filem yang berjaya menaikkan nama Badrul Muhayat setara dengan pelakon lelaki eranya adalah Harry Boy, Azizah The Legend dan Kad Cinta pada tahun 90-an. Selain itu, Badrul Muhayat juga aktif menghiasi kaca televisyen dengan drama-drama tempatan.
Filem-filem terbaik lakonan Badrul Muhayat
- Harry Boy (1991)
- Azizah The Legend (1993)
- Kad Cinta (1995)
- Pesona Cinta (1995)
Eman Manan
Berdasarkan karakternya, beliau tampak serius, garang dan tak mudah didekati. Pemenang tiga kali anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ini lebih suka bercerita mengenai kerja berbanding kisah peribadi. Merupakan seseorang yang memilih 'jalan cerita' bagi sesebuah karya, ada peminat yang mengatakan jika sesuatu filem atau drama itu dibintangi oleh Eman Manan, pasti filem atau drama tersebut berkualiti. Anak kelahiran Kuala Terengganu ini masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan turut menjadi idola dan mentor bagi pelakon-pelakon lelaki muda tanahair.
Filem-filem terbaik lakonan Eman Manan
- Matinya Seorang Petriot (1984)
- Puteri (1987)
- Femina (1993)
- Lenjan (1998)
- Buai Laju-Laju (2004)
Edika Yusof
Filem-filem terbaik lakonan Edika Yusof:
- Maria Mariana (1996)
- XX-Ray (1993)
- Awas (1995)