Muzik menjadi peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Selain pilihan mendengarkan lagu menerusi radio, aplikasi strim muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBOX, Yonder, Deezer dan Raku semakin menjadi tempat anak muda mendengarkan lagu.

Sepanjang tahun 2017 sahaja, 10 lagu tempatan ini merupakan yang paling banyak distrim oleh para pengguna. Adakah anda penyumbang kepada carta ini?

10. Aisyah - Projector Band

Satu-satunya kumpulan lelaki yang berjaya mencecah top 10 senarai lagu paling banyak distrim tahun 2017, Aisyah dari Projector Band senang diterima ramai dengan melodi dan liriknya yang catchy. Ini single ketiga dari Projector Band setelah nama mereka harum menerusi lagi Sudah Ku Tahu dan Pasti Ada Kamu pada tahun 2016.

Jumlah distrim: 1,794,437

9. Pesan - Irfan Haris

Adik lelaki pada penyanyi Amira Othman ini menembusi carta RIM dengan lagunya, Pesan. Baru berusia 16 tahun, Pesan merupakan single kedua daripadanya tahun ini dan mendapat pengiktirafan untuk menjadi lagu runut bunyi bagi drama Ku Kirim Cinta di slot Akasia. Lagu ini dicipta oleh Haqiem Rusli.

Jumlah distrim: 1,849,069

8. Lebih Sempurna - Syamel

Single kedua daripada Syamel selepas Hidup Dalam Mati ini berjaya membuktikan naib juara Akademi Fantasia 2015 ini berkualiti dan tumpuan terarah padanya selepas menyerlah dalam pertandingan AF Megastar pertengahan tahun 2017.

Jumlah distrim: 2,055,432

7. Sakit - IamNeeta

IamNeeta dilahirkan menerusi YouTube pada tahun 2012 dan masih bertahan sehingga kini. Memilih untuk kekal dengan imej rock, IamNeeta juga dianggap sebagai pencetus revolusi muzik alternatif pop rock baru. Lagu Sakit dirilis pada tahun 2016 dan menjadi hit menjelang tahun 2017.

Jumlah distrim: 2,448,050

6. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Taruhan kedua Haqiem Rusli ini turut berjaya menambat hati peminat menjadikan dia antara penyanyi lelaki dengan vokal berkualiti. Lagu ciptaan Gouffran dan Ibnu berjudul ini turut mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari ini.

Jumlah distrim: 2,617,550

5. Warkah Untukku - Ara Johari

Satu-satunya penyanyi wanita yang begitu laris distrim tahun 2017, artis kelahiran program Akademi Fantasia ini menduduki carta RIM dengan dua lagu iaitu Warkah Untukku dan Bunga. Lagu ini yang turut pertama kali dipersembahkan di konsert akhir Akademi Fantasia 2016 terus menjadi hit.

Jumlah distrim: 2,636,410

4. Sabar - Ismail Izzani

Putera bongsu pada bekas penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam ini merupakan penyanyi kelahiran YouTube. Pendatang baru industri hiburan tanahair ini semakin popular dengan lagu Sabar sehingga berada di tangga keempat paling banyak distrim untuk tahun 2017.

Jumlah distrim: 2,862,827

3. Bunga - Ara Johari

Tampil dengan single kedua selepas Warkah Untukku, Ara kembali dengan lagu Bunga hasil ciptaan Akim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hang Nadim, bersama Laq dan Kadok. Single kedua Ara ini begitu mendapat sambutan hangat dari peminat kerana lagu ini baru sahaja dirilis Oktober 2017.

Jumlah distrim: 3,172,832

2. Jampi - Hael Husaini

Hael Husaini terus menjampi pendengar menerusi lagu dan lirik ciptaannya sendiri bersama Ezra Kong. Memilih haluan untuk bubar dari duet lamanya, Azhael, Hael akan kembali dengan single keduanya pada tahun ini.

Jumlah distrim: 3,258,397

1. Segalanya - Haqiem Rusli

Lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama Lara Cinta Ameena berjaya meletakkan nama Haqien Rusli sebaris dengan penyanyi-penyanyi lelaki yang ada kini. Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, baru berusia 18 tahun namun vokalnya antara yang dipuji tahun ini.

Jumlah distrim: 3,488,716

Sumber data daripada RIM