Pastikan lagu-lagu di bawah ada di dalam playlist anda untuk mengharungi minggu ini. Good luck!
1) Gwen Stefani – Make Me Like You
Lagu ini sesuai untuk anda yang baru sahaja berpasangan ataupun mungkin sedang berada di dalam fasa perkenalan. Jangan sampai kena friendzone pula ya!
2) Hazama – Di Amaran Mama
Lagu dengan lirik dan irama yang catchy ini senang menangkap telinga. Dengarkan nasihat mama dari Hazama ini untuk anda yang sedang dilamun cinta.
3) Justin Timberlake – Can’t Stop the Feeling
Lagu ini baru sahaja dirilis pada minggu lepas. Menariknya muzik videonya, ada ramai wajah-wajah terkenal Hollywood yang turut menjadi cameo.
4) Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa
Lagu ini menjadi pilihan pendengar setelah mnejadi lagu tema bagi sebuah drama baru-baru ini. Sedih liriknya. Siapa yang sedang dalam situasi ini, bertenanglah.
5) Grace – You Don’t Own Me ft. G-Eazy
Ya, lagu untuk anda yang juga sedang bermasalah dalam hubungan cinta. Kalau yang tiada masalah cinta pun tak apa. Enjoy the song!
6) SonaOne – Firefly
Menjadi single pertama SonaOne menerusi album terbaharunya, Growing Up Sucks, yang baru sahaja dikeluarkan. Irama lagu ini sangat mudah diingati dan masuk dalam kepala.
7) The Chainsmokers - Don’t Let Me Down ft Daya
Mari layan muziknya yang rancak untuk anda menghabiskan hari supaya cepatlah datang hujung minggu.
8) Aizat Amdan – Bagai Hidup Semula
Menerusi muzik video ini, Aizat membawa kita ke perjalanannya untuk kurus. Ambil semangat Aizat menerusi lagu ini untuk anda juga tampil bersemangat untuk kurus.
9) Khalifah – Hang Pi Mana
Buka mana-mana radio sekarang, lagu ini sedang rancak diputarkan. Mula-mula dengar memang kelakar tapi dua kali dengar boleh jatuh suka.
10) Alicia Keys - In Common
Alicia Keys tampil dengan single terbaharunya, "In Common", selepas album terakhirnya pada tahun 2012, Girl on Fire.