Pamerkan sisi merdeka sempena bulan kemerdekaan dengan empat artis indie yang akan membuat persembahan sempena kempen NegaRAKU. Merekalah ikon yang mengangkat nilai kebebasan tetapi masih berpaksi pada jatidiri, berpasak pada bumi. Mereka bangkit berjuang, mempamer bakat pada dunia.

MonoloQue
Gambar: Facebook @MonoLoguerasmie
Nama MonoloQue memang cukup dikenali sejak tahun 2004. LoQue sendiri merupakan pengasas band indie alternatif Butterfingers dan bertindak sebagai komposer serta penulis lirik utama band itu. Butterfingers dibentuk pada tahun 1992 meraih populariti yang tidak sedikit sehingga terhasil lapan album; empat album Inggeris, dua album Melayu dan dua album kompilasi. Namun LoQue terus mencari kepuasan dengan meneroka ke genre lama yang lebih evergreen sehingga lahirlah Aku Seorang Robot, Rindu Dendam, Pecah Amanah, Chinta, Badang Kotaraya, Perempuan Kalis Peluru dan Uda dan Dara. MonoloQue terdiri daripada Ijoo (gitar), Dax (bass), Loko (dram), Apek (gitar) dan LoQue sendiri sebagai vokalis, pemain keyboard dan gitar.

Tres Empre
Gambar: Facebook @tresempre
Kumpulan ini dianggotai lima anak muda iaitu Masrour Hisham (dram), Eddie Edzuan (vokal), Azrul Aziz (gitar), Bazz (gitar) dan Aizat Ali (bass). Tres Empre ditubuhkan pada tahun 2010 ini, mengambil nama sempena empayar terkenal Rome. Lagu-lagu mereka mempunyai suntikan pelbagai genre dari hardcore kepada alternatif rock seperti Great White Ocean, Sleeping Tiger, Sattle Down, Defiance dan Under Earth.


Republic of Brickfields
Gambar: Facebook @ROBrickfields
Kumpulan yang memperjuangkan genre reggae ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu Aru (vokal/gitar), Ijam (bass), Jijoe (gitar) dan Bakri (dram). Antara lagu mereka yang terkenal ialah Rahsia, Orang Planet, Emansipasi dan Bina Impian daripada album Ganjaran yang diterbitkan pada tahun 2007. Kebanyakan lagu mereka ditulis oleh Aru mengangkat nilai keamanan dan persefahaman tanpa mengira kaum.


Artefacts
Gambar: Facebook @artefactsband
Kumpulan yang diasaskan pada tahun 2011 ini mengangkat genre Metal. Terdiri daripada lima anak muda iaitu Zhafirry Fenner (vokal), Iskandar Tajuden (gitar), Nikko Abas (gitar), Dzul Hizami (bass) dan Farady Anuar (dram). Band ini pernah menghasilkan album EP berjudul Exordium pada tahun 2013 dan terbaharu, mereka telah melahirkan single berjudul Forlorn Script.


Anda yang ingin menyaksikan persembahan mereka bersama Massacre Conspiracy dan Plague of Happiness secara LIVE bolehlah mengikuti jelajah NegaRAKU mulai 20 Ogos ini di Pahang diikuti dengan Melaka pada 27 Ogos, Sarawak 3 September, Sabah 10 September, Kuala Lumpur 17 September dan diakhiri dengan Johor pada 24 September. Maklumat lanjut, layari raku.my atau muat turun aplikasi Raku di Apple App store dan Google Play store.