Skip to main content

Market Trends

5 Kumpulan Rock Tunjuk Taring

brader-rock_1.jpg
Bukan setahun dua mewarnai industri tempatan, mereka cukup masak dengan sepak terajang industri muzik tanahair. Mereka pernah berada di atas dan pernah juga rasai peritnya berada di bawah. Estrange, Khalifah, Kristal, Hyper Act dan Projektor Band, nama besar dalam industri muzik tempatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
 
Mereka inilah yang disunting sebagai ‘Brader Rock’ dalam program realiti berbentuk nyanyian anjuran ERA fm yang diberi nama JoHaRockstar. Program yang terbuka untuk warganegara Malaysia dan Singapura berusia antara 18 hingga 35 tahun ini menyaksikan setiap 'Brader Rock' melatih tiga anak didik yang membawa genre rock untuk bergelar juara. Lebih manis, juara bukan sahaja membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 malah turut berpeluang menjadi peserta AF2016. Setakat ni pihak ERA menerima lebih daripada 4000 penyertaan dalam bentuk video nyanyian mereka ke Instagram dengan menggunakan hashtag #Joharockstar dan #jomlive.
 


Estrange

Mereka bermula sejak tahun 2001 tetapi mula dikenali pada tahun 2007 selepas penyanyi utamanya Rich menyertai Akademi Fantasia Musim Keempat.  Lagu-lagu nyanyian Estrange yang kini bergerak dengan tiga ahli iaitu Rich, Din dan Hanafi selepas Andy menarik diri seperti Aurora, Itu Kamu dan Yang Pernah. Setelah menyepi hampir empat tahun, awal tahun lalu kumpulan ini muncul dengan album studio keempat mereka Sepenuhnya Vol. 1 yang turut menampilkan gandingan Estranged bersama Fazura dengan lagu Hancur Aku, Sesuatu Yang Pernah, Bangkit, Maaf dan Inginkan Kau.  Kesempatan bertemu Estrange pada sesi pemilihan tiga peserta yang dilakukan di pejabat ERA fm, kami tanyakan kriteria utama yang mereka lihat pada peserta dan jangkaan mereka untuk JoHaRockstar. Ini jawabnya “Kami mencari seorang penyanyi yang meMpunyai originality dengan sedirikit suntikan kelainan pada elemen slow rock. Memandangkan tempoh latihan hanya beberapa hari, kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, cukuplah mereka mempunyai personaliti yang baik dan boleh menjadi kawan kami.” Ujar Hanafi
 
Kenyataan ini disokong Din yang menyifatkan keyakinan diri menjadi perkara penting selain kesungguhan berlatih teknik penyampaian yang betul untuk menjadi penyanyi yang baik adalah faktor penyumbang kepada kejayaan seseorang penyanyi.
 
“Estrange tidak mampu menjanjikan kami adalah yang terbaik tetapi kami berikan yang terbaik mengikut cara kami. Segala ilmu yang kami belajar daripada kesilapan lalu akan diperturunkan. Kita sama-sama work hard and see how it’s happen” Ujar Rich menutup perbualan tengah hari itu sambal menyifatkan saat kehilangan teman dalam band (Andy) adalah momen paling down dalam kerjaya Estranged.
 


Kristal

Kumpulan yang mula bertapak dalam industri sejak tahun 2000 ini dengan album Semut & Lebah dianggotai empat anak muda. Hanya penyanyi utama Razlan dan pemain gitar utama Rody merupakan anggota asal kumpulan ini. Diam tak diam sudah 16 tahun mereka berada dalam industri muzik dengan 11 album studio dihasilkan. Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagu seperti Delaila, Seragam Hitam dan Resam Pak Belalang? Tahun ini Kristal muncul dengan single terbaharu berjudul Yang Ku Cinta setelah empat tahun mendiamkan diri.
 
“Kristal bukan mendiamkan diri tetapi kami sedang mencari lagu-lagu baharu yang mampu memberi impak kepada pendengar dan peminat yang sentiasa menyokong kami. Adat bergelar penyanyi apabila lagu kita kurang mendapat tempat. Kristal mengambil jalan positif dengan berusaha dengan lebih kuat, cari formula untuk menghasilkan lagu yang lebih baik untuk terus bertapak dalam industri muzik tempatan”. Ujar Lan memulakan perbualan.
 
“Hari ini ramai yang ingin menjadi penyanyi dan boleh menyanyi. Buktinya video yang dihatar untuk JoHaRockstar membuktkan ramai yang boleh menyanyi. Tetapi oleh kerana kami mencari penyanyi rock sudah tentu perlu ada elemen rock yang ditampilkan.  Dalam pemilihan ini sahaja tidak kurang 10 peserta yang boleh dibawa ke tengah. Kami mencari penyanyi rock pelbagai zaman, dengan kepelbagaian tone suara unik yang boleh membawa rock lama dan husking rock misalnya”. Tambah Lan lagi sambal diakui anggota Kristal yang lain.
 
Kristal mengakui tempoh masa yang terlalu singkat tidak memungkinkan mereka melatih serta mengasah peserta mengikut acuan yang diingini tetapi dengan kecanggihan teknologi hari ini, peserta boleh berlatih sendiri, bekerja keras memperbaiki diri dengan tunjuk ajar serta perkongsian pengalaman Kristal sepanjang bergelumang dengan dunia seni.
 


Khalifah

Sedekad mencipta nama dalam muzik bergenre rock bukanlah sesuatu yang mudah. Khalifah bukanlah artis picisan yang bersusur galur daripada Jinbara. Empat album telah dihasilkan tetapi single mereka dihasilkan pada tahun ini yang berjudul Hang Pi Mana kembali menyemarakkan nama mereka dalam industri.
 
Kami melihat Khalifah sebagai artis lama yang cukup berpengalaman tetapi lebih daripada itu kami teruja menyaksikan wajah-wajah yang bakal mendapat suntikan pengalaman daripada ahli kumpulan ini. Yabang selaku vokalis Khalifah tidak meletakkan sebarang jangkaan kepada para peserta yang diyakini mampu mempamer aksi hebat kerana rata-ratanya berpengalaman membuat persembahan walaupun bukan berskala besar. “Lihat sahaja daripada video peribadi yang mereka hantar, kami dapat rasakan video itu memberi kepuasa buat mereka di samping mampu menyerlahkan bakat. Kami tidak mempunyai kriteria pemilihan tertentu, cukuplah dengan penyampaian suara yang dinamik, bertenaga dan mempunyai karakter”. Ujar Yabang lagi.
 
Selain Estranged, Kristal dan Khalifah, Hyper Act dan Projektor Band antara yang terlibat sebagai 'Brader Rock'.

Hyper Act


Projektor Band


Kami sempat mendapatkan komen daripada Nazri Noran, Pengurus ERA fm tentang JoHaRockstar ini. 
 

Must-Watch Video