Itulah yang dipinta oleh Hafreez Adam ketika ditanya Astro Gempak tentang hubungannya dengan Zara Zya. Kata Hafreez lagi, dia tidak mahu terburu-buru melangkah ke alam perkahwinan tanpa mengenali hati budi kekasihnya itu.

Mahu betul-betul kenal hati budi.

"Kami ada berbincang tentang hal perkahwinan tetapi tidak secara serius.

"Kalau boleh kami ingin berikan masa setahun untuk masing-masing mengenali hati budi sebelum membuat sebarang keputusan serius," katanya lagi.

Pohon doa yang terbaik.

"Tiada yang saya harapkan, hanya doa yang terbaik daripada semua untuk hubungan kami dipermudahkan," senyum Hafreez.

Sibuk dengan penggambaran.

Hafreez kini sibuk menjalani penggambaran untuk tayangan di Astro Ria tidak lama lagi.