KAW
“Bengang Dengan Kakak, Tak Payahlah Serang Adik!” – Peminat Back Up Nelydia Senrose
Peminat Nelydia Senrose berang apabila aktres itu menjadi mangsa serangan netizen di Instagram selepas kakaknya, Uqasha Senrose menutup ruangan komen.
Ruangan komen pada entri yang dimuat naik oleh Nelydia pada 22 April lalu itu dibanjiri dengan kata-kata negatif terhadap Uqasha.
Malah netizen juga mula membandingkan sikap kedua adik-beradik itu dan menganggap Uqasha tidak memberikan contoh yang baik untuk adiknya.
Sehingga kini ruangan komen foto Nelydia yang menjadi tempat perbalahan netizen itu menerima lebih daripada 1,000 komen.
Perkara itu menyebabkan ada segelintir peminat mencadangkan supaya Nelydia menutup ruangan komen untuk mengelakkan perbalahan berterusan.
BACA: Uqasha Senrose Ditahan, Dadah Jenis Erimin 5 Dalam Beg Tangan




Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.
Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, Ahad.
Must-Watch Video