Konsert pertama Big Stage menyaksikan penyanyi Baby Shima menduduki tangga terakhir dengan jumlah markah sebanyak 66.67%.

Manakala kedudukan pertama menjadi milik Sissy Iman dengan markah 90.27%.

Bagaimanapun untuk minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan.

Selain Sissy dan Baby Shima, bintang lain yang turut memberikan saingan hebat adalah Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Fara Hezel, Sarah Suhairi serta Wani Kayrie
Tiada penyingkiran di minggu pertama.
Sepanjang acara berlangsung, pelbagai ragam yang berlaku di belakang tabir Big Stage.

Di sini Rojak Daily Kaw! kongsikan sedikit corat-coret sepanjang konsert berkenaan.

1. Penonton yang hadir ramai dan suasana meriah dengan sorakan umpama berada di stadium bola sepak.

2. Sebelum persembahan berlangsung, penonton mula bersorak sebaik sahaja penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjalan ke atas pentas untuk membuat persediaan acara pembukaan.
Persembahan pembukaan oleh juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
3. Datuk Siti yang juga merupakan juri tetap Big Stage kemudiannya membalas dengan senyuman serta melambai ke arah penonton. Manisnyaaaaaaa tokti ni kan?

4. Menariknya, juri jemputan Big Stage, Noh Hujan mempunyai tabiat kerap menyikat rambutnya tidak kira sama ada ketika menonton persembahan atau pun sewaktu tayangan iklan.

5. Tidak cukup dengan itu, Noh juga gemar merapikan rambutnya seolah-olah ingin mengikatnya dengan getah rambut.
Noh ambil kesempatan untuk berswafoto.
6. Sewaktu komen diberikan kepada Baby Shima, ada penonton menjerit tagline Mas Idayu, “Ada nampak mummy happy?”

7.Noh begitu enjoy dengan persembahan Sarah Suhairi sehingga turut menyalakan flashlight sambal menggoyangkan badannya menghayati lagu tersebut. Sarah menyampaikan lagunya yang berjudul Pedih.

8. Rata-rata penonton menyatakan rasa kagum dengan persembahan Sarah, Sissy Iman dan Wany Kayrie.
Sissy Iman, Sarah Suhairi dan Wany Kayrie antara peserta yang mendapat perhatian penonton.
9. Disebabkan Ariff Bahran terlalu gementar, dia kerap memasukkan tanggannya ke dalam poket ketika membuat persembahan sehingga menarik perhatian juri.

10. Sewaktu sidang media, Noh dan Faizal Tahir gemar mengusik Datuk Siti. Comel sungguh mereka ni.
Noh dan Faizal Tahir gemar mengusik Datuk Siti.
Big Stage bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).