Ratu Rock, Ella optimis yang muzik rock tidak akan pupus walaupun industri muzik tanah air ketika ini dikuasai oleh lagu mendayu-dayu seperti genre yang pernah berlaku pada era 90-an.

Walaupun tidak banyak golongan pelapis yang memperjuangkan muzik itu menyerlah dan gelaran Ratu Rock sendiri masih terus menjadi milik mutlaknya, Ella yakin genre itu masih mempunyai peminatnya yang tersendiri dan takkan goyah dengan persaingan dari genre muzik lain.

Bersama konduktor yang akan mengiringi persembahan beliau.

“Kalau nak dibandingkan dengan luar negara, memanglah ketara perbezaannya kerana di sana pengaruhnya lebih besar dan luas manakala di sini pasarannya agak kecil., Bagaimanapun Ella tak rasa yang muzik rock akan mati hanya kerana tidak ramai pelapis memandangkan pengikutnya masih ramai.

“Ella juga yakin semangat orang-orang lama tidak pernah pudar untuk terus memperjuangkan muzik ini dan disebabkan itu kita lihat banyak kumpulan muzik rock otai terus menghasilkan lagu dan juga album baharu untuk memastikan muzik rock terus bernafas,” katanya kepada Rojak Daily Kaw! pada sidang media Konsert Ella Live With The MPO: A Rock Queen's Journey yang diadakan di ibu negara semalam.

Konsert itu bakal diadakan pada 2 dan 3 Disember depan bertempat di lokasi berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Bimbang dengan jualan album fizikal.

Pernah melalui pelbagai zaman dan meraih anugerah kerana jualan album tertinggi, pemilik nama Norzila Aminuddin ini mengakui agak takut dengan situasi penjualan album terutama ketika zaman digital ini.

Jika ditanya bagaimana keadaannya, jawapan saya adalah scary kerana walaupun jualannya agak okay tetapi ia semakin mengecil berbanding zaman penjualan album fizikal tengah rancak. Walaupun jumlah pengikut ramai di media sosial, tetapi ia tidak menggambarkan jumlah jualan yang sebenar.

'cemas' menyanyi diiringi okestra bertaraf antarabangsa.

“Mengenai sambutan yang diberikan terhadap album Peace Love Rindu, setakat ini sambutannya sangat menggalakkan dan saya akan kembali dengan siri jelajah promosi album itu selepas konsert ini,” katanya sambil tersenyum.

Mengulas konsert solonya itu, Ella aku sedikit cemas kerana bukan mudah untuk seseorang penyanyi itu menyanyi dengan diiringi orkestra.

Dengan susunan muzik yang berbeza dan tidak sama seperti dalam album, saya akui situasi itu sangat mendebarkan. Sebagai persediaan, saya kena banyak berlatih,” katanya yang mula dikenali menerusi lagu Dua Insan Bercinta ini.

Sukar pilih lagu.

Dalam pada itu, sempat juga penyanyi berusia 51 tahun ini mendedahkan yang ada pihak yang berasa jauh hati dengannya gara-gara konsert berkenaan.

Kata Ella, kejadian berkenaan berlaku ketika sesi pemilihan lagu yang diakui berlangsung dalam suasana yang cukup tegang.

“Disebabkan masing-masing mahu lagu pilihan mereka dinyanyikan pada konsert itu, akhirnya sesi terbabit bertukar menjadi sesi bertegang urat, hingga ada yang 'sentap' apabila lagu mereka tidak dipilih.

Tiket masih dijual.

"Ella akui, memang sukar untuk memilih lagu yang sesuai untuk gubahan orkestra dan pada masa sama menepati cita rasa peminat. daripada 40 buah lagu, hanya 16 lagu termasuk medley yang kami senarai pendek,” katanya yang mengambil masa selama enam bulan untuk mencari lagu yang sesuai.

Sebanyak 16 buah lagubakal didendangkan olehnya. Ia termasuk Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Layar Impian, Sembilu dan Gemilang.

Tiket berharga RM380 hingga RM150 masih dijual dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kaunter Box Office. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.mpo.com.my atau hubungi talian 03-23317007.