Bukan sesuatu yang mudah untuk beliau membuat pilihan antara kerjaya di awan biru dan sebagai penghibur. Namun darah seninya membuat dia memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada bidang seni.

Setelah berjaya menduduki tempat ketiga Gegar Vaganza musim yang ketiga, Zarul tidak menoleh lagi.

Ketika ditemui Rojak Daily Kaw! di majlis pelancaran single terbaru beliau bertajuk Remuk, beliau akui ambil masa yang lama sebelum keluar dengan single terbaru itu.

Tukar lagu dua kali.

"Sebelum ini sudah dua lagu yang saya rakamkan tetapi terpaksa ditukar kerana dirasakan tidak sesuai."

"Asalnya lagu pertama dirakamkan sedikit moden dan saya sendiri rasa tidak sesuai dengan diri saya.

"Kemudian saya rakam lagu yang kedua, tetapi beberapa pihak terbabit memberi pandangan bahawa lagu tersebut sukar mendapat sokongan pendengar dan kurang sedap," kata beliau sambil tersenyum.

Serius dengan bidang seni.

Remuk merupakan lagu ketiga yang dirakamkan oleh Zarul dan setelah mendapat persetujuan dan pandangan semua pihak, lagu tersebut menjadi single pertama beliau setelah dua tahun kembali semula ke dunia seni secara sepenuh masa.

Mohon sokongan peminat.

"Saya harap peminat dapat menerima lagu Remuk seperti lagu-lagu saya sebelum ini.

"Single Remuk sudah boleh didapati di semua platform digital dan peminat sudah boleh menonton klip video lirik lagu Remuk di YouTube," katanya mengharapkan sokongan semua pendengar dan peminat Zarul.