Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi berdepan dugaan apabila kereta Ferrari model 458 Italia miliknya terbakar. Kereta mewah berkenaan terbakar di di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway.

Aliff Syukri kemudian memuat naik video beliau yang sedang bersedih bersama rakaman video kebakaran yang dirakam oleh orang awam kira-kira jam 1 petang tadi.

aku insan yg lemah...kuatkanlah semangatku ya Allah..apa patut saya buat..kereta kesayangaku aku beli rm1.8juta... x ada salah x ada apa tetiba meletop terbakar?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Aku insan yg lemah...kuatkanlah semangatku ya Allah..apa patut saya buat..kereta kesayangaku aku beli rm1.8juta... tak ada ada salah tak ada apa tetiba meletop terbakar,” katanya.

Sementara itu menerusi Harian Metro Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata kenderaan mewah terbabit dipandu oleh orang lain iaitu seorang lelaki warga Australia berusia 29 tahun.

Inilah ferrari yang terbakar itu.
"Menerusi keterangan pemandu itu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan. Lebih kurang seminit selepas dia berhenti dan keluar daripada kenderaan, berlaku letupan yang menyebabkan api marak membakar kereta mewah itu," katanya.

Difahamkan kenderaan terbabit musnah sepenuhnya akibat kebakaran berkenaan.

Apapun diharapkan Datuk Seri Aliff Syukri bersabar dan menganggap ini sebagai ujian daripada Tuhan.